Friday, February 20, 2009
Boikot Barangan Israel: McDonald
Memang dah banyak yang kita dengar pasal kekejaman Israel terhadap Palestin. Apa sangat la yang kita dapat buat kat Malaysia ni. Nak pegi sana berperang, memang rakyat kita takut-takut(aku pun same la). Yang boleh ialah mengutuk serangan Israel tu. Lagipun rakyat Malaysia ni memang pandai bab-bab kutuk ni coz dah biasa buat samada kat rumah, kelas atau pejabat. Oleh itu, yang paling termampu dan memberi kesan ialah memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel. Antaranya ialah McDonald. Dulu aku pun takde nak boikot sama,main belasah je(teruk gak kan aku). Dulu makanan rasmi hari jumaat aku ialah bubur McD. Lepas balik je dari masjid,mula la beli bungkus makan kat meja depan laptop. Pastu kadang-kadang nak ada air Milo la, McFlurry la. Besar betul selera aku. Tapi lama-lama,aku rasa bersalah. Kesedaran tu timbul. Aku tak support perancangan membantu Palestin yang mana aku mampu buat. Then, aku start boikot dah. Dulu aku ingat lagi masa aku makan bubur McD kat meja aku ni, ada budak pompuan tu tegur, "ei tajul,kita kene boikot la McDonald ni. Tak baik tau". Masa tu aku mejawab"yela,kalo tak makan kang, camne lak pekerja dia kat Malaysia ni nak dapat gaji". Tu jawapan dari aku yang jahil. Pada minggu lainnye dimana aku dah mula boikot, aku nampak budak pompuan yang tegur aku tadi makan McD kat meja dia, siap beli macam-macam lagi. Aku pun sound pedas la kan, sindir-sindir dia. Pastu senang je dia cakap dia tengah takde mood ni, jangan kacau dia. Hek eleh, hipokrit tul. Dah tak leh jawab, cakap la macam-macam. Tak suka betul orang macam ni. Takpe la, lantak dia la. Sekarang menu aku hari Jumaat ialah nasi dengan lauk ayam kat depan masjid. Air lak boleh beli ice-blended. Total dia dalam RM5-RM6 jugak la, lagi murah dari McD yang aku selalu makan tu. Sekarang aku rasa puas dapat jugak membantu Palestin secara tak langsung, dan aku selalu pandang jelik sesapa yang makan kat McD terutama yang seagama dengan aku (sori, aku tau nak makan mana-mana ni hak individu). Walaubagaimanapun, pasni lepas solat Jumaat aku akan sibuk beratur sama depan masjid beli nasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bguh2...br smlm aku tnye ko kenny roger support israel ke tak?? hahaha...
ReplyDeleteboikot smpi lingkup!