Monday, May 4, 2009

Chiling Fraser




Daripada tajuk kat atas, bukan aku nak sebut Fraser tu chill or sejuk dalam bahasa omputeh,tapi Chiling ialah sebuah sungai yang terletak on the way nak ke Bukit Fraser. Ni ialah cerita aku menyambut Hari Pekerja aku yang pertama sebagai pekerja tetap.
Memula dorang dah plan nak pegi Sungai Chiling pagi jumaat, tapi ada prob kat hp lak. So kitorang batalkan plan mandi sungai & pegi la Lowyat. Pastu sah-sah pegi Lowyat tu kejap je, so kitorang plan nak mandi sungai balik. Dengan menggunakan alasan musafir, tengah hari jumaat tu kitorang pegi beli seluar pendek kat Carrefour yang sangat ramai orang waktu tu. Aku tak penah escape solat jumaat tapi aku tengok punya la ramai lelaki malayu kat situ, siap dengan isteri yang bertudung lagi. Rasanye ramai lagi melayu dari kaum lain time tu, aku pun confuse. Maybe dorang pun musafir cam aku gak kot.
Lepas beli kfc, kitorang pun pegi la Sungai Chiling tu. Dia ni dekat dengan area Ulu Yam. Nak pegi, kene ikut jalan menghala Rawang. Sampai kat situ, kitorang nak naik ke arah air terjun. Kene la hiking sikit dalam 40 minit, tapi guard bawah tu tak bagi. Kitorang da lambat coz sume kene ada kat bawah tu pukul 5pm. Time tu pun dah kol 4pm, so kitorang mandi je sungai bawah-bawah tu sambil makan kfc & tembikai.
Time nak balik tu, ada yang sakit perut lak. So kitorang decide nak mencari toilet kat Bukit Fraser. Eleh, alasan nak jalan-jalan. Jalan nak ke atas tu kecik je, one way je. Kereta pun dilepaskan ikut time. Merasa la dorang buang air besar kat toilet masjid Bukit Fraser. Kitorang pun sempat la berjemaah Maghrib kat sana. Bukit Fraser biasa je, sejuk & takde aktiviti sangat nak buat. Kalo dah ada isteri, best la pegi. Hehe.
Malam tu balik pekena seafood kat area Rawang pastu tumpang tido umah member kat sana. Esok pagi balik umah & sambung tido, meraikan hujung minggu.

4 comments:

  1. "Merasa la dorang buang air besar kat toilet masjid Bukit Fraser"


    perlu ke statement macam gini?? hahaha~

    ReplyDelete
  2. er...hehe.tah la,hehe.
    patutnye state kan pasal dapat berjemaah kat sana :)

    ReplyDelete
  3. haha..merasala~!!

    well, bestnyer dpt g tgk keindahan alam fauna...

    aku nih bila la nk g~

    ReplyDelete
  4. ala...ko pegi offshore lagi best.hehe.

    ReplyDelete