Monday, June 7, 2010

Kesusahan Test "Permit To Work" Talisman




Katanye ade staff kompeni aku keje ni nak amik aku keje bawah dia untuk commissioning .Bukan pasang platform pun, tapi pasang bende-bende kecik cam damper kat platform je. Jadi maybe aku akan ke patform Talisman untuk kerja terbaru tapi 1-2 hari je. Sebelum tu, kene ade Permit To Work (PTW) dulu. Mende ni cam requirement untuk HSE gak la, bab safety sume tu. Sebelum ni cam dijalankan bengkel kecik, tapi amik kau sekarang. Guna komputer je memasing. Ade slide & ade soalan, nangis aku.

Sampai je kat opis Talisman, dorang soh aku dok kat satu komputer ni & jalankan kursus and ujian tu. Ada 2 bahagian, 1 bahagian ade yang 11 Chapter & ade yang 15 chapter. Setiap satu chapter ade soalan sebanyak 4 ke 15 soalan samada subjektif, suaikan atau isi tempat kosong. Markah purata lulus? 90% ko tau...

Setiap kali abes chapter, dorang akan bagi markah terus. Sah-sah la kan aku tak lulus, pencapaian yang sama ketika aku amik test time Degree dulu,hehe. Tapi mende ni leh ulang banyak kali sampai lulus. Lagipun sebenarnye lepas jawab soalan kat page tu, ade satu button tu (tulis ape tah) yang kalo kita klik, dia akan semakkan jawapan sebenar. Contohnye kalo aku dah jawab soalan no 5, baru aku leh klik button tu tapi aku takleh tukar jawapan aku dah. Ape susah, jawab je la sume salah asalkan dapat check jawapan sebenar, pastu repeat. Aku ni cam tak biase lak repeat paper zaman student dulu. Setelah kejang punggung dari kol 10.30am ke 3.40pm, lulus la aku ujian itu. Berguna gak ek skill zaman student dulu. Skill study ke? Hehe, harus lah skill menulis nota a.k.a. toyol.

Tuesday, June 1, 2010

Oil & Gas Vacancy



Ni ade keje tapi dari kompeni mane aku tak tau. Katenye akan ke offshore.
Dorang nak 2 engineer, sorang project engineer & sorang mekanikal engineer.

Job description:
Monitoring project
- Familiar with microsoft porject and primavera
- Liaise with client
- At least 2 or 3 years experience in oil & gas industry
- Based at Kemaman (Offshore site)

Email to : pairus.pioneers@gmail.com (Attn to : Human Resources Department)

ade tambahan skit untuk bukan engineering:
1. procurement executive
2. procurement sr.exec

Requirement
- diploma/degree in related field
- 3 or 4 years experience


Aku tau korang yang fresh ni spoil sikit tang experience tu. Tapi takpe,try je la kan. Tak rugi pun mencuba.

*Minggu depan ade orang opis ajak aku pegi platform Talisman untuk 1-2 hari,tapi cam malas lak. Haish....

Tuesday, May 25, 2010

Catatan Hidup: Kembali Ke Kampung


Stop jap cite pasal keje. Hari jumaat aritu aku cuti, keluarga nak buat kenduri bacaan Yassin & tahlil pada hari sabtu. So, kitorang pun cuti la hari jumaat. Balik cepat, leh la kemas-kemas rumah & wat persediaan. Persediaan apa? Persediaan nak kenduri la.

Disebabkan kitorang balik kampung pagi jumaat, jadi sah-sah la kan aku kene solat jumaat kat kampung. Dah lama sangat rasenye tak solat jumaat kat kampung. Selalunye bersolat di kotaraya, chewah. Lepas bangun dari berehat ( sebenatnye tido, bukan rehat ada wat keje pun ), aku pun mandi & bersedia nak ke masjid naik motor. Dengan rambut pacak ( lupe nak pakai kopiah ), kain pelekat & baju melayu yang tak berbutangnye, gagah la aku ke masjid. Taktau la ramai nak muntah ke hape tengok aku, tapi bila lalu depan budak pompuan sekolah menengah, rajin lak dorang tengok aku. Hehe, perasan remaja tul aku ni. Harap bukan disebabkan bedak yang berselaput kat muka aku ni.

Kat depan sekolah, ade lak sorang cikgu muda ni nak melintas. Tiba-tiba aku lak yang rajin tengok cikgu ni. Eh, apsal lak aku ni suka mengusha cikgu. Tengok la pelajar perempuan ke. Rupenye aku terlupa aku dah besar, cikgu tu pun tah-tah baya aku. Ah,no wonder. Er… manis gak orangnye. Hehe.

Kat masjid lak, aku sampai sebelum azan. Sebelum khutbah start, ade la dua orang budak umur 3 - 5 tahun dok sebelah ayah dia yang solat sunat. Boleh lak dua makhluk ni gaduh pukul-pukul la, berguling la. Adeh, kat KL jarang aku tengok camni. Ringan je lak tangan aku nak campak budak dua ekor ni kat luar tingkap. Hangin tul, walopun tengah hari tu panas takde angin. Tau-tau je imam baca khutbah “Menahan Marah”. Ok la,takpe la bagi chance. Ini menunjukkan aku dengar ape imam tu baca, kan...


Dah balik umah, keje ape lak nak kene wat ni. Mulanya nak tukarkan air kat kolam ikan simen kat depan umah tu, tapi tak jadi sebab masa tak cukup. Cakap je la tak tau nak wat camne, hehe. Kesian lak ikan-ikan tu. Air dah macam air tebu dah kat kolam tu. Harap-harap dorang takde la terlanggar sesame sendiri dalam kolam tu sebab tak nampak. Kalo aku campak torchlight kat dalam kolam tu, agak-agak ikan tu berterima kasih tak kat aku. Hmm…

Petang tu lak mak aku ajak (suruh sebenarnye) aku bawak dia pegi mengajak beberapa saudara. Baru nak merasa nikmat tido lewat petang, haruslah aku berusaha kat bawah meja opis je pasni. Dalam banyak-banyak umah tu, ade la pegi umah sorang makcik ni. Anak buah lelaki dia , A****, merangkap classmate aku masa darjah 1 ke darjah 3 dulu da kawin minggu-minggu lepas. “kecik je muka A**** tu, ade la lebar tapak tangan. Elok lagi dia ni, berisi lagi”, kata makcik tu merujuk pada aku. Hehe, ni pujian ni. Jarang orang kata aku ni berisi. “ Si A**** dah kawin dah, awak bila pulak?”, keluar soalan dari makcik tu. Okay, ini bukan pujian. Tersenyum paksa aku sepanjang petang tu.

Pada hari kenduri, banyak gak lauk yang dimasak. Ade ayam masak sos, telur itik gulai kuning, sayur campur cendawan dan ikan kembung goreng. Selepas Isya’, jemaah pun hadir. Kaki aku dah bape kali bertukar kedudukan time baca Yaasin. Dekat nak 25 minit bacaan tu, tapi tajwid memang betul la. Ramai gak la yang hadir malam kenduri tu. Da habis kenduri, aku kepenatan. Bukan penat sebab tolong berkemas, tapi sebab meratah lauk banyak sangat. Sian perut.

Tuesday, May 18, 2010

Oil & Gas Vacancy

1)
Company ni terletak kat putrajaya. Dorang ada sebijik pipelay barge untuk shallow water. Aku tak tau la dorang nak pengalaman bape taun,belasah je.
Operation engineer
Project engineer
Pipeline engineer
Welding engineer
Planning engineer
Structure engineer

Leh hantar resume kat hrd@sgrsb.com




2)

Yang ni pun,sila belasah je hantar coz minggu lepas company ni request nak tengok resume aku kat Jobsdb.

Job Vacancy for Malaysian Citizen Fresh Graduate as Global Trainee Program in Fircroft Thailand Ltd
FIRCROFT supply a broad range of recruitment and workforce management solutions to companies of all sizes. Our global network of offices enables us to deliver a local service, providing the complete solution, from clerical, office support and IT workers through to engineering and technical professionals, across the complete spectrum of business sectors.

GLOBAL TRAINEE PROGRAM (Urgently required!)

We are currently recruiting for high caliber fresh graduates in engineering to join with our client who is a Leading Global Company in manufacturing of tubular products and services used in the drilling, completion and production of oil and gas industries.
An ambitious Program open to talented fresh graduates :-
This Trainee Program is a combination of classroom training, e-learning courses and practical on-the-job experience lasting 2 years.
- During this period the person will be involved into an Induction Camp that brings together the latest intake of Global Trainees. These four weeks are a great opportunity for networking, learning about the company’s fundamentals and how to work as a team.
- Back from the camp, the rest of the program is structured around the following main pillars: on-the-job experience, training packs, performance and follow-up with work experience both in local offices and headquarters.
- Considering our commercial branches we’re looking for several candidates in different positions (supply chain, commercial, technical sales)
Requirements :-
- The ideal candidate must be recently graduated in engineering, preferably with honours (Mechanical, Electrical, Oil & Gas, Mechatronics, and Chemical).
- Malaysian Nationals with fluent proficiency in English language and Malaysian as a mother tongue.
- Availability to travel abroad also for long time and interest for sales, technical and logistic fields, multi-cultural approach, teamwork attitude with a good technical background
Age: 23 – 26 years of age
Job Experience: Less than 2 years
Status: Full time contract
Location: Singapore
Highly attractive remuneration package and career advancement will be offered to successful candidates. To apply, please submit your CV only in MS Word Format via email to CSawasdee@fircroft.com

*nyesal lak aku. Kat kompeni aku keje ni siang tadi dorang cari aku,ade job kot. Tapi aku takde offshore passport petronas. Argh… so takleh naik platform petronas kat mesia….

Thursday, May 6, 2010

Gambar Sengal




Ni gambar masa dulu,sebelum ke offshore. Kitorang akan lalu sempadan Thailand tu dan singgah kat satu kedai bebas cukai. So sesapa yang tertinggal sabun ke, ubat gigi ke, atau saja nak tunjukkan dia tu pembersih ke, boleh la beli barang-barang kat sini sebelum berlepas ke laut. Walaupun nama berus gigi ni menakutkan, sensasi gosokkannya memang tak menahan, sesuai la dengan nama. Hehe.

Tuesday, April 27, 2010

Oil & Gas Vacancy




1) Ni ade info aku dapat skit,korang try la.kalo rajin,search la web dorang ni.kat situ ade tunjuk gak vacancy yang ade. Takpun korang send resume korang kat emel akak yang kat bawah tu. Ni petikan emel kitorang.

“akan ke offshore, tapi on and off, upon request, biasa tak lama. co akak tu, dia buat Distribute COntrol System, untuk Petronas CariGali, MLNG cam tu arr...
pernah dengar FOXBORO (M) Sdn Bhd? itu lar kompeni nya... memang nak cari org skang nih, ramai gak lar... ada yg berminat leh lar anta ke norhaniza@foxmay.com.my “

“yer iklan kan lar yer... nak pakai ramai gak... fresh graduate pun dialu2kan jugak, tak kesah ada satu dua thn experience, tp gaji ikut experience jugak lar kan..
kalau ada kengkawan yg nak buat praktikal kat situ pun bleh gak... dialu2kan sangat2..
jgn segan2 iklan kan yer...”


2) Yang ni aku amik kat The Star. Aku sure ramai yang telepas pandang. Aku tak jamin tau ni kompeni ape,rasenye cam kecik je (berdasarkan size iklan). Tapi tak tau la kan,its worth to try. Cuba-cuba la try keje dulu, ni kompeni mata sepet agaknye. Kalo boring, jump la kompeni lain. Tapi kalo dapat offer, pahamkan term & condition dulu sebelum terima.
Engineer
- Degree/diploma in Eletrical engineering . Fresh graduate may apply
- Computer literate, knowledge in AutoCAD software
- Able to travel offshore will be advantage and training will be provided.

Contact: Ms Lee 012-2166833,
Location : Klang
Email: wayneeng@streamyx.com



*kalo korang dapat keje,gtau aku leh tak. Aku bukan nak mintak belanja,just nak tau perkembangan.

Friday, April 23, 2010

Platform Terbakar di USA (terbaru)




Ni adalah drilling rig kepunyaan Transocean yang bernama Deepwater Horizon. letupan berlaku pada 21 April 2010. Setakat ditaip ni, ada seratus lebih orang berjaya diselamatkan, 11 hilang, 3 parah.

semoga kejadian buruk ni tak berlaku kat Malaysia dan kat kita semua, walau di mana pun. Orang yang taktau pasal Oil & Gas ni memang takkan paham risiko kita kerja camne.
Papeun, Safety First.

Tuesday, April 13, 2010

Malaysia Airlines &Tranformers 2



Ni nape nak cite pasal MAS dengan trenpomes ni? Ade kapal terbang Mas leh jadi robot ke? Ke ade jual robot trenpomes dalam flight MAS? Hehe, ngarut la sume tu. Mende aku nak cite ni pun dah ketinggalan zaman. Ntah-ntah dah ada dalam tenet, aku malas nak wat research.

Ade apenye? Haa....mesti ramai tak perasan, dalam cite Trenpomes 2 ni ada kuar lambang MAS. Eleh, tu je ke aku nak cite? Err... tu je la. Bukan ape, aku da lama nak gtau mende ni kat kengkawan tapi cam lupa. Time tengok movie pun aku perasan dah tapi bila aku nak kompemkan, dorang kata tak nampak (aku tengok 2 kali cite ni). So, bila da ade copy cite ni, leh la aku pause jap & bulatkan yang tak bape bulat tu dengan kaler merah.

Dah, tu je nak cite. Pegi sambung main pesbuk balik.

Sunday, March 28, 2010

Cerita Jodoh




Disebabkan tak dapat signoff (balik umah) dari kapal ni pada tarikh yang ditetapkan, mula la perangai pun da jadi cam gila sikit. Bak kata dorang kat laut ni, “ kepala dah masuk air ”. tu belum ada gf atau dah kawin tu. Kalo da kawin ,tah camne lak kan.

Tapi bila borak pasal pasangan ni, ada yang mudah je dapat. Sembang-sembang dengan sorang krew kat sini, sumenye mudah je jodoh dia. Kenal melalui sepupu, pas 3 bulan kenal terus tunang, pas 3 bulan terus kawin. Sekarang da hepi da hidup, ada anak sorang. Katanya takyah pikir sangat soal jodoh ni, just go with the flow. Tapikan, kalo takde flow camne ek. Nak kene berendam dalam sungai ke? Maunye lemas aku yang tak geti berenang ni.

Friday, March 5, 2010

Tidak Tabah



Aku dah ada kat laut lagi.
Apa yang aku boleh cakap,aku tak kuat lagi.
Bukan tak kuat bekerja,tapi tak kuat nak teruskan hidup
asyik terkenang arwah ayah.

perlu ke aku tukar kerja...

Tuesday, February 9, 2010

Cerita Offshore: Aku Punya Kerja


Ni nak cite ape yang aku buat kat laut sebenarnye. Ramai gak tanya ape ‘jenis kerja’ yang aku buat, ade gak yang tanya camne aku buat. Kat sini aku cite secara kasar la mende sume tu. Ni pun untuk pengetahuan am gak la kepada sape yang ingin menimba ilmu. Chewah. Bagai perigi mencari timba, hehe. Mane leh pakai peribahasa tu. Ape salahnye kalo pompuan yang approach lelaki. Tapi ni pehal lak kan aku cite hal lain takde kaitan dengan oil & gas ni.


Okay,nak cite. Selepas operation (drilling) dan sebelum production ( penyaliran minyak/gas), sebenarnye terdapat proses dinamakan well testing. Kirenye well testing ni diantara drilling & operational senang cite. Aku pun baru je tau pasal well testing ni, aku tak tau pun mende alah ni wujud sebelum ni. Sesungguhnya aku agak jahil & memang tak tau ape. Rupe takde, kereta takde, gf pun takde. Hehe,luahan jiwa la pulak kan.


Yang aku keje ni ialah kat well testing vessel, kirenya well testing ni buat kat atas kapal. Sebelum ni sume barang-barang & operasi well testing tu dijalankan kat atas jack-up atau platform itu sendiri. Guna kapal la senang, boleh gerak sana sini. Pas abes platform sini, bole pegi platform sana lak. Tapi dapat time ombak kuat, muntah hijau la sume. Kapal kitorang ni pun ada burner boom dan flare. Alaa… yang macam kat platform tu la, yang ada mende alah panjang & kuar api tu. Jangan ingat kapal aku keje ni tak kuarkan api, kire berisiko gak la keje kitorang ni.


Modus operandinye ialah menyambungkan hos (macam paip getah besar tapi besi boleh lentur), disambungkan ke platform (kat wellhead), pastu salurkan minyak/gas yang nak diuji tu, masuk kat tangki & tempat proses ape sume, amik sampel dan minyak/gas berlebihan tu akan dibakar. Sampel yang diambik tu akan direkodkan setiap 15 minit. Macam senang, kan? Gila babas letih. Sume piping besi dengan flange tu sume kitorang kene pasang,. Da la banyak, berat lak tu. Pakai hammer pun yang gedabak punye. Memang letihla keje tu,tapi takpe la kan. Kita nak cari pengalaman. Untung-untung bole letak sume tu dalam resume. Lalala…

Friday, January 22, 2010

Catatan Hidup: Perginya Abah Selamanya

Malam tu kat kapal aku telefon Ateh aku tanya keadaan Abah. "Abah dah ok dah,dah boleh bercakap sume. Ko jangan risau la. Lagipun kitorang semua ada kat sini", kata Ateh.

Dorang cakap bende yang betul, Abah dah ok & siap bleh bergurau dengan anak-anak buah dia yang dah besar tu datang melawat. Doktor pun dah cabut saluran air yang disambungkan kat badan, siap cakap boleh keluar hospital selasa ni (3 hari lagi). Lagipun semua orang lega coz X-ray, badan & kandungan gula semua ok kata doktor. Kirenya takde ape yang sakit la lagi. Aku da cakap kat kawan aku, kalo condition ayah aku ok malam tu aku kuar dengan dorang kat Songkhla. Tapi aku stay gak kat kapal, rasa tak sedap ati.

Lepas tengok Chelsea vs Sunderland kat kapal malam tu, aku terus masuk tidur walaupun takde mood. Tapi terlelap jugak. Alarm henset aku tiba-tiba berbunyi, tapi lagu dia macam ringtone aku lak. Aku yang mamai terus offkan alarm tu. Lagi sejam alarm henset aku bunyi lagi,pehal lak lagu ringtone kuar. Sambil tangan nak offkan 'alarm' tu, aku tertekan loudspeaker & terdengar suara Angah "Jo, Abah dah meninggal". Eh, apa ni. Ngarut semua ni. Tapi aku check sms, Ateh ada bagi sms yang ringkas tapi pedih bagi aku "Salam.Tajul,abah dah meninggal". Aku terus turun katil cari telefon kapal ni & call Angah. Waktu tu dah pukul 4am, baru aku tau Abah dah tak ada. Terkejut tapi aku tak boleh wat apa. Selepas bagitau Kapten untuk mintak balik, aku turun ke surau & baca Yassin. Aku baca Yassin tah berapa kali sampai masuk Subuh. Lepas solat, aku mandi & sambung lagi baca Yassin. Air mata ada sikit, tapi tak menitis.

Pagi tu Kapten cakap agen yang nak bawak aku keluar dari Thai ni akan sampai pukul 9am. Aku tak boleh keluar sesuka hati, agen akan uruskan segala dokumen & passport. Sementara tunggu agen sampai, aku keluar dari kapal untuk amik udara segar. Setapak demi setapak aku berjalan, semakin banyak juga air mata aku tiba-tiba menitis. Aku pegi ke hujung port tu dalam 150 meter dari kapal aku & menangis pagi tu. Semua kenangan keluar. Pagi yang cantik kat port kali ni sangat wat aku sedih.

Aku naik kapal untuk kemaskan barang. Tiket flight dari Kedah ke KLIA pukul 3.20pm, memang tak sempat nak sampai kampung untuk pengebumian yang dirancang sebelum Zohor. Aku tak boleh naik flight dari Thai terus ke KLIA, nanti akan ada masalah imigresen. Dari Songkhla ke Alor Star, aku dibawa naik kereta. Tah apa yang agent tu nak cerita, aku tak boleh nak tumpu hal-hal yang takda kaitan dengan aku sekarang. Sepanjang perjalanan aku baca Al-Fatihah sambil menyesal.

Dipendekkan cerita, aku sampai ke kampung aku lewat malam tu, terima kasih kat saudara-saudara aku yang jemput aku kat KLIA. Semua orang dah tidur malam tu, letih seharian tak tidur dan semua bende yang dorang tempuh seharian ni. Lagipun malam tu dah start tahlil pertama. Mak & abang tak tidur lagi, tunggu aku. Sambil menangis, mak peluk aku “Dik, abah dah tak ada”. Aku kene tabah dalam keadaan macam ni.
Tapi selepas Abah menghembuskan nafas terakhir, banyak cerita yang aku dengar buat aku gembira. Jenazah sampai pukul 6.30am dari KL, mudah dapat van jenazah. Sangat ramai yang datang menziarah, seperti kenduri kawin. Sangat ramai yang solat jenazah. Ramai yang nampak jenazah seperti tersenyum. Bak kata abang aku, cam abah selalu senyum kalo tengok Hindustan tu, takpun cam ada orang geletek dia. Kulit Abah selepas dimandikan pun cerah sedikit dari kulit asal. Majlis pengebumian pun berjalan dengan lancar. Aku hanya dapat datang pada keesokkan harinya, doakan Abah bahagia di sana. Sokongan dari ramai pihak memang aku perlukan ketika itu. Time ni baru tau siapa sedara & kawan sebenar. Takpe la kalo dorang dah tak kisah sangat dengan aku. Ada yang dulu baik dengan aku pun takde support aku time-time kritikal camni. Some are good frens, some are just a piece of shit.

Tak dinafikan aku masih dalam keadaan terkejut lagi. Aku rasa semua ni mimpi, semua ni penipuan. Tengok pakaian Abah yang ada kat rumah ni pun dah wat aku sedih. Nak simpan peluru senapang dalam almari dia pun wat aku menitis air mata. Aku tak sekuat mana. Tapi sebagai anak lelaki, aku ada tanggungjawab untuk keluarga ni. Walopun kehidupan selepas ni akan berubah, aku harap aku boleh teruskan hidup ni dengan gembira. Abah, maafkan sebab tak dapat ada dari waktu sakit, hembus nafas terakhir dan ke kubur.
Al-Fatihah.

Saturday, January 16, 2010

Diri yang Sombong & Keluarga


Kita kerja, kita bergembira, kita keluarkan duit, kita enjoy.
Aku pun camtu, sama macam semua orang
Aku ingatkan aku pentingkan diri sendiri
Tapi bila tiba-tiba ada masalah keluarga,aku jadi lain
Bila ayah tiba-tiba sakit 4 hari lepas & masuk hospital, aku hilang semua mood
Setelah dilaporkan stabil,aku lega. Mood pun datang balik.
Segala duit yang aku ada (walaupun tak banyak mana) dah aku set untuk spend untuk keluarga
Segala perancangan nak membazir & membeli bende-benda mahal aku abaikan
Sekurang-kurangnya aku sedar aku tak pentingkan diri sendiri
Tengah hari tadi waktu call adik –beradik,tiba-tiba dia tak boleh keluarkan suara
Hari-hari sebelum ni boleh
Petang tadi bila telefon, dorang kata dah stabil & jangan risau
Walaupun keadaan ayah dah stabil & boleh bercakap,aku masih tak senang hati
Lebih-lebih lagi bila aku kat tempat yang agak jauh
Walaupun kapal dah ada kat port, aku tak terasa nak enjoy macam hari-hari sebelum
Biarpun ada kegembiraan kat luar tu yang menunggu, aku dah tak lalu

Dalam diam-diam, lepas solat aku duduk lama kat surau berseorangan
Kitab suci yang jarang aku baca waktu kerja kat offshore ni aku pegang semula, selak & baca.
Harap keadaan pulih macam dulu.


* abah menghembuskan nafas terakhir pada 2.45am pagi itu

Sunday, January 3, 2010

Cerita Offshore: Video Aku Kat Youtube

Akhirnya aku ada gak posting video aku kat Youtube. First time ni, rasa cam besh lak. Hehe. Ni video aku rakam sendiri. Masa ni kitorang takleh keje coz cuaca camni. Ombak kuat menghempas kapal sampai terpaksa jauhkan kapal sikit dari platform tu, takut terlanggar time begoyang. Ada yang cakap ombka tak tinggi mana pun, kapal je yang hempas ombak. Cuba ko try naik time ni nak tengok camne, ombak 5 meter & kapal begegar kene hempas kat laut. Baru tau camne,kuar segala bahan mentah kat mulut. Anyway,kalo korang nak tengok, kuatkan la volume tu. Leh dengar bunyi hempasan ombak tu, dan bunyi aku membebel