Tuesday, December 18, 2012

Last Trip to Offshore?


Akhirnya aku ke laut juga dengan kampeni yang aku keje ni. Pegi pun tak lama, ada la dalam 4 ke 5 hari camtu. Kerja dia pun tak la susah mane aku rase. Lagipun pergi dengan senior yang tahu banyak hal. Tapi trip ni mungkin yang kali terakhir aku ke laut. Eh, aku keje opis je ke lepas ni? Hehe.
Kali ni pegi platform kepunyaan Talisman, so kene la naik dari Kota Bharu. Papehal pun, naik flight dulu pastu tido sana satu malam dan keesokkan harinya baru la naik chopper. Aku ni jarang keje atas production platform. Biasanya aku keje atas drilling rig. Jadi bila aku duduk je sini, cam ada beza jugak la dorang ni. Daripada budaya kerja, orang sekeliling sampai la waktu makan.hihi.
Tempat ni ada 2 living quarter, iaitu tempat tinggal. So aku kene stay kat tempat tinggal yang jauh daripada office orang-orang penting dan juga tempat menunggu bot. Dari bilik aku nak ke opis-opis sume tu aku kene harung 2 bridge. Lagipun pagi-pagi nak kene tunggu bot sebab keje kat satellite platform. Gigih dorang yang memang hari-hari keje kat satellite platform. Pagi-pagi naik bot, petang-petang pulak balik, tiap-tiap hari lak tu. Kalo aku, dah memang tinggal tulang la kot muntah naik bot terhuyung-hayang. Leh la dorang merasa sup tulang nanti.
So bila keje setel je, boleh la balik darat. Dan di sini lah penentuannya. Aku dah membuat keputusan dan ini ialah trip offshore aku yang terakhir dengan kampeni ni. Aku dapat keje lain,yay! Pada hari aku nak berangkat offshore tu la baru aku dapat offer kampeni XXXX ni. Gigih aku pegi cari CC kat KL Sentral tu untuk print, sain, scan dan emel balik offer letter dorang. Aku kene buat cepat coz aku diberi masa 3 hari je untuk respon yang aku ni bersetuju. Kalo takde respon, akan dikira takmau join. Detail pasal kampeni XXXX ni aku takleh nak gtau. Yela, nanti susah lak aku nak bercerite pape kat blog ni. Yang aku leh gtau dia bukan kampeni local. So untuk resign, aku kene bagi notis satu minggu dimana semuanya berjalan lancar. Cuma yang aku tak pasti ialah, bape lama aku akan stay kat kampeni XXXX ni nanti…

Wednesday, November 28, 2012

Phone Interview : Sentiasa Tidak Menyebelahi?


Apakah phone interview? Mudah je, interview yang dibuat melalui telepon. Interview yang takde kita jumpa orang tu depan-depan, tak perlu kene dress betul-betul dan boleh baring-baring sambil korek telinga ketika diinterview. Kalo gelpren tipon tanya macam – macam, aku tak sure la tu dalam kategori phone interview atau tak, hihi.

Phone interview ni ada beberapa cabang. Ada yang memang serius nak menginterview, ada yang interview biasa-biasa dan ada yang terus nak soh kita datang interview sebenarnya. Biasanya yang akan contact kita tu biasa la, orang HR dimana jarang aku rasa orang yang manager-manager ni nak interview guna tipon. Setakat ni aku dah dua kali dapat phone interview, tapi tak kemana pun. cuma mampu main SMS je pas kecewa.

Awal tahun 2011, aku dapat phone interview dari sebuah kampeni ni. Kampeni asalnye kat US tapi ada opis kat KL ni. Kampeni ni takde la femes mane pun untuk orang yang tak biasa ngan oil & gas, opis dia kat KL pun tak sebesar mana tapi keje dia cam best. Keje atas drilling rig jugak la. memula HR dia inform aku by email yang dia nak buat phone interview dan dia soh aku pilih masa. Then bila dia call, dia tanya soalan basic je la. alaa…soalan cam kenalkan diri, cite pasal diri, apa goal or target, blablabla. Dah dekat nak 2 bulan pastu, baru la dorang emel aku kata aku dapat final interview. Siap soh bawak kalkulator lagik. Dorang bagi aku 5 tarikh, tapi satu tarikh pun aku tak dapat pegi coz aku kat laut. Aku email la mintak tangguh pas aku balik, dorang tak reply. Aku dah balik laut, aku email lagi kat dorang tanye update. Senyap terus. Aku pun malas nak email lagi dah, kang mengganggu pulak. Orang dah tak suka, kan…

Satu lagi phone interview ni pun ok gak la. Ni anak syarikat yang dibeli oleh kampeni luar yang agak terkenal. Phuiii. Memula cam biasa la dia email aku tanya bila aku available, dia nak wat phone interview. Kat email dia bagi tu pun, aku kene isi attachment yang dia bagi. So bila dah set date, dia call la. Tah, tak macam phone interview yang formal sangat. Cuma dia tanya nape aku asyik tukar kerja je, hihi. Pastu terus dia set aku interview dengan operation manager dorang. Ok, kali ni aku leh pegi interview tu dan sume nampaknye berjalan lancar. Bila aku email tanya update, dia kata sume berjalan lancar dan dalam proses pemilihan. Dan minggu-minggu seterusnya aku email dia dalam 3 ke 4 kali jugak la tanya update, satu pun dia tak reply. Aku call dia dua kali, langsung tak angkat. Tak return call lak tu. Tak dapat, gitau le. Senang cite. Dapat pun gitau gak la, hihi.

Bila dah jadi camni, sedikit semi sedikit aku hilang kepercayaan kejayaan mendapat kerja kalo ianya bermula dari phone interview. Aku pun tak pasti. Aku yang terlalu berfantasi atau aku tak dapat menerima realiti? Ah, biarlah. Asalkan kedit kat phone aku banyak lagi.

Thursday, November 1, 2012

Oil & Gas Vacancy




Layankan aje...
Sape malas pegi offshore,leh try application or sales dulu. Nanti bila dah paham pasal barang, leh la usha-usha try pegi laut ke.hihi :p



1)Nationwide Oil & Gas

a) APPLICATION / SALES ENGINEERS
- Relevant knowledge/experience in one or more of the followings products:
- Explosion proof Electrical Equipment & Solutions
- Radar Type, Wire and Wireless Automatic Tank Gauging System
- Electrical and Instrument Test Equipment & Digital Panel Meters

Requirements:
- Degree/Diploma in relevant Electrical/Electronics/Instrumentation/Mechatronics Engineering or equivalent..
- Minimum 2 years of sales/application/exposure in the revelant field.
- Possess own transport and willing to travel all over Malaysia.
- Sales & Marketing of the designated product & system.


b)SALES EXECUTIVE
- Relevant knowledge/experience in one or more of the followings products:
- Impact Sockets & Hydraulic Tools

Requirements:
- Diploma in Mechanical Engineering or equivalent or adequate knowledge of this field in lieu of Diploma.
- Minimum 2 years of sales/application/exposure in impact socket and hydraulic tools.
- Possess own transport and willing to travel all over Malaysia.
- Sales & Marketing of impact sockets and hydraulic tools.


c)BUSINESS ADMINISTRATION EXECUTIVE
Assist Senior Business Administrative Manager in the business administration work for the Group. Duties include sales support and coordination, handling & follow-up on quotations, material sourcing, sales order, delivery and preparation of sales reports for Business Units directly under the Chief Operating Officer. Conduct marketing campaign and control all product catalogues, manuals and brochures. Provide prompt response to enquiries from customers. Manage Customer and Principal relationship/database. Arrange work & travel schedule for personnel in the Business Units.

Requirements:
- Diploma/Degree in Business Administration or Management/Engineering of any discipline/Psychology or equivalent.
- Minimum 2 years of experience in Office Administration, In house sales support, customer service, preferably in the oil & gas industry.


send your resume to career@nog.com.my
yang ni tarikh tutup dia 30 November 2012




2) Valser Oil & Gas

Project Engineer

- Bachelor Degree in Engineering or any related discipline
- Minimum 1 year experience in project management preferably in the oil and gas industry
- Possess strong leadership quality, self-motivated and a self-starter
- Required skill(s): Computer literate, analytical
- Good communication and interpersonal skills
- Required language(s): English, Bahasa Malaysia
- Possess own transportation & willing to travel


You can send your resume to career@valser.com.my
yang ni takde lak tulis bile tutup.









Monday, October 8, 2012

Oil & Gas Vacancy




Yang ni korang baca la sendiri. Kalo tak nampak, save je image tu kat komputer korang pastu baca balik. Hihi.


Dan ada juga info dari kawan yang dok Kemaman,ada vacancy from Schlumberger punya kampeni (bukan direct Schlumberger):

1) MudLogger
2) Electrical Technician
3) Maintenance Technician


Send your resume to CLee6@slb.com

Sori,aku taktau ape kelayakkan,pengalaman or tarikh tutup yang position kat atas ni. Yang mudlogger tu biasanye dorang nak degree geologi, tapi ada je member from mekanikal dan jugak eletrical yang dapat keje Mudlogger.

Give a try, who knows...

Wednesday, September 12, 2012

BOSET Freefall a.k.a. Terjunan Bebas


Takde ape cite yang menarik,cuma just nak share gambar pada salah satu hari latihan untuk re-new Boset aku yang dah expired lama tu. Salam satu daripada latihan Sea Survival ialah dengan membuat terjunan bebas daripada ketinggian 9 kaki. Apsal dulu rase cam lagi tinggi ek? Gambar ni je la yang ada. Gambar time dalam simulator helikopter pusing-pusing dalam air tu takde la aku amik. Aku pun cuak time tu, hehe. Anyway, ni gambar orang yang berbeza tapi aku cuba susun ikut turutan terjun. Harap sesapa yang ada dalam gambar ni kalo terbaca blog ni bagi izin la aku tepek gambor korang. Ala, korang bukan baca pun blog ni. Hihi.

Bila dah wat training camni, memang tabik la kat Pandalela Rinong yang boleh terjun tempat tinggi pastu pusing-pusing bagai dan takde splash air banyak-banyak. Kitorang yang terjun ni, air kolam tu punya terpercik tak boleh blah...













Friday, August 24, 2012

Catatan Hidup: Tentang Seseorang


(non-oil & gas story)
Kehidupan, seperti yang kita tahu kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Dan kita juga kadang-kadang dapat apa yang kita taknak. Bagaimana pula tentang perkara yang lebih serius lagi. Apa perkara yang serius dalam hidup kita yang boleh membuat hidup menjadi sukar? Salah membeli baju? Takpe, kalo salah size ke ape ke leh tukar or bagi orang lain. Salah makan? Kalo dah tesalah makan, pegi je la toilet untuk membuang. Kalo dah tesalah makan racun tu, campak diri sendiri je la dalam laut. Yang serius ialah salah memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup dan berkahwin.

Cuti hujung minggu, cuti sekolah mahupun cuti raya menjadi tarikh pilihan untuk yang nak berkawin. Ironinya, ramai pulak tu yang nak kawin. Pastu umur pun tak berapa nak tua sangat. Rileks la dulu kan,hehe. Dah jodoh dan berkemampuan, teruskan je la. Yang tak kawin lagi cam aku ni je biasanya akan ‘terasa’ sedikit di hati kalo ramai kawan-kawan yang kawin pastu cakap macam-macam, hihi. Berbalik pada topik asal, memang ramai saudara dan kawan-kawan yang akan berkawin dalam waktu terdekat ni. Itu adalah kerana meraka sudah pasti mengenai calon yang dipilih. Seseorang yang dipilih mereka itulah yang terbaik untuk mereka. Bagaimana pula mereka yang tak berjaya dalam alam percintaan dan alam perkahwinan?

Ramai yang putus cinta di pertengahan jalan. Ada yang sekali. Ada yang hebat sangat sampai 3 kali, ni memang kuat punya dugaan. Kelas kau, Maria. Kalo budak sekolah zaman sekarang ni usah tanya la. cinta monyet dorang tah bape banyak kali couple dan putus. Yang dengan mamat rambut kaler-kaler tak keje naik moto sana sini hisap gam dan dadah pun leh sangkut. Kadang-kadang, perangai pasangan tu dah macam monyet pun ada. Yang pelik, boleh lak ada yang minat tu. Adeh. Hensemkah monyet sebenarnya? Mungkin mereka lebih memilih “Tentang Monyet” berbanding “Tentang Seseorang”. Nanti bila dah kene pukul ke, kene mintak duit ke, atau dah termengandung, baru lah tau betapa salahnya pilihan mereka. Tu pun kalo sedar la. kalo tak sedar gak, pegi hantuk kepala kat dinding pastu tido. Takyah bangun-bangun.

Ada juga kawan-kawan yang putus cinta di tengah jalan, kecewa macam nak rak tapi mendapat yang lain yang lagi bagus. Dan seterusnya terus berkawin. Ada juga yang macam tak pernah belajar dari kesilapan dan terus terima balik bila dah terkena. Sepatutnya sesuatu yang terjadi sebelum berkawin ni seperti bergaduh besar, ada simpan pasangan lain, kaki dadah/gam dan pelbagai perkara lain perlu diambil kira sebelum berkahwin. Adalah lebih baik untuk bergaduh dan putus hubungan sebelum berkahwin daripada perkara itu terjadi selepas mereka berkahwin. Dan jangan pula menggunakan perkara syirik seperti sihir dan jampi untuk mendapatkan seseorang. Kerana selain syirik, ia juga adalah bukan jodoh anda dimana ianya tidak akan berkekalan juga akhirnya. Berdoalah pada Tuhan, bukan sahaja untuk meminta seseorang yang anda mahu itu tetapi juga untuk memberi jalan atau calon yang sebenar kerana kadang-kala kita menginginkan calon yang salah. Kalo calon politik je kita takleh nak wat pape. Kalo nak, kene pangkah. Kalo taknak, dok umah. Takyah mengundi, tengok tv.

Bagaimana jika seseorang itu ialah seseorang yang salah? Telah terjadi pada kawan perempuan sekolah di mana dulu telah bertunang dengan seorang lelaki yang juga kawan sekolah, tapi baru-baru ni lelaki tu tak menunjukkan minat,jarang sms dan siap sms kata tak minat dah. Tapi yang lelaki ni memang tah pape punya perangai. Aku pun tak bape menyokong hubungan dorang dulu sebab pompuan ni baik. Dan juga terjadi pada satu lelaki yang ada pertalian darah dimana beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan bercerai sebanyak dua kali. Bukan jodoh? Kesian pada lelaki tu? Tak kesian. Sebabnya dia pukul isteri, tengking, tak solat, dan kadang-kadang minum. Selain itu, dia juga tak hormat pada saudaranya sendiri. Dalam kes ini, yang salah memilih ialah pihak perempuan. Harap diberikan kekuatan dan rezeki lebih pada bekas isteri-isteri beliau.

Kepada semua yang di luar sana jika anda putus cinta, jangan bersedih kerana itu bukan jodoh anda. Mungkin ada sesuatu yang anda tak ingini nanti terjadi pada masa hadapan kalo berkahwin dengan beliau. Dengan izin Tuhan, anda akan dapat yang lagi terbaik untuk dijadikan calon suami/isteri. Jangan sedih kalo hilang seseorang boyfriend/girlfriend kerana anda sebenarnya harus mencari seseorang calon untuk menjadi suami/isteri anda. Kecewa? No need. Rezeki seseorang itu lain-lain. Dan kepada yang akan berkawin, selamat menempuh alam perkahwinan. Dan kepada yang telah berkawin, cepat-cepat la dapatkan anak. Pastu doakan kitorang yang belum kawin lagi ni. Hehe. As-salam.

Friday, August 10, 2012

Perihal Interview dan Kerja



Alhamdulillah, aku dah berjaya dapat keje lain iaitu keje tetap. Masih di dalam oil & gas, company tempatan, tidak berapa besar, baru berusia dalam lingkungan 10 tahun tapi mempunyai cita-cita yang tinggi dan berjaya memberi saingan kepada Schlumberger, Halliburton dan beberapa syarikat asing dalam bahagian yang mereka ceburi. Maaf, takleh gitau company apa dan buat apa untuk menjaga privasi. Artis sangat kan, puuiiii……

Aku akan mula bekerja selepas raya ni. Tapi sebelum aku ke laut, aku kene la hidupkan BOSET aku yang baru je expired ni. Tapi company baru aku ni kata dorang nak support, so ok la. Takkan aku nak tunjuk baik pulak nak bayarkan bila orang dah offer. Memula aku tunggu gak offer kerja dari freelance tu sebelum puasa bermula, dengan harapan akan pulang ke darat sebelum raya dan ada la duit nak beli itu ini untuk raya.yela, nak beli mercun mahal-mahal konon. Tunggu punya tunggu, takde pulak kan. Tapi Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam masa 2-3 bulan ni, aku dapat beberapa interview, yang ada antaranya pun aku telah dapat. Senarainye ada di bawah:

a) Syarikat yang membina dan memperbaiki kapal mahunpun platform yang terletak di kepulauan Borneo offer aku position Testing & Commissioning Engineer. Tapi aku terpaksa tolak sebab aku taknak pindah kat sana. Lagipun tak pegi offshore. Motip memilih?

b) Sebuah syarikat dari UK yang dibeli oleh company besar dari Norway dimana yang company ni wat kerja untuk downhole. Tapi yang ni dapat interview je la, kerjanya tak dapat. Hikhik.

c) Yang ni lak company yang memberi offer kerja ni la. aku pun berbesar hati menerima. Dapat position Field Service Engineer.

d) Sebuah firma design yang terkenal dari Perancis tapi anak syarikatnya ini bergabung dengan syarikat pembinaan/pembaikkan/pengubahan kapal dan platform terbesar tempatan untuk membentuk satu entity. Yang ni pun tak dapat, dorang nak yang design minded dan ada experience. Memang terkebil-kebil la aku. Setakat lukis gambar matahari dengan gunung bole la.

e) Company yang berasal dari UK yang kerja utamanya ialah well testing dan wireline,tapi yang interview aku ni bahagian flow management dan metering. Company ni tak terkenal cam Slb ngan Halliburton la kat Malaysia ni. Yang ni pun cam tak dapat je, takde pengalaman langsung kot.

f) Ni yang freelance ni offer job yang start pada 14hb Ogos. Memang tak la kan, orang nak raya kot. Pastu dia offer lagi job start 1 September, tapi kene la tolak coz nak kerja tempat baru dah. Hehe.


Ok, sebenarnya nak bincang dan berkongsi cara nak dapat interview ni. Walopun takde la hebat sangat diri aku ni, tapi nak share la kan camne leh dapat interview. Sejujurnya aku jarang dapat teview. Kali ni je selambak dia datang. Antara cara yang aku gunakan ialah:


1) Guna la idea lain kan? Takkan Jobstreet je. Cuba korang register CV korang kat Rigzone. Website ni sebenarnya cite pasal berita-berita oil and gas, tapi dia ada gak seksyen untuk career dari oil & gas company. Salah satu interview aku dapat tu aku apply dari sini la. Tapi, jangan tak percaya coz ada gak salah satu teview tu aku dapat dari Jobstreet hasil dari main apply je sume yang aku nak klik. Takpun bukak je mane-mane web company oil & gas, hantar CV secara general. Ni yang keje aku dapat sekarang guna cara ni.

2) Untuk yang beragama Islam tu, cuba buat Solat Dhuha. Cuba buat setiap hari kalau boleh. Mungkin korang bekerja ke, tapi cuba cari waktu kejap untuk buat. Waktunya yang paling cantik ialah diantara 10am ke 12.01pm. Kene selalu buat secara berterusan dan tak boleh la cakap “aku dah berusaha dan berdoa, tapi tuhan tak perkenankan pun”. Tak elok cakap camtu. Kalo tak dapat kerja pun, korang dapat pahala tambahan dan rezeki lain :)

3) Dan ni untuk semua orang. Sementara masih ada ibu bapa lagi tu, buat baik la ngan dorang. Soh dorang doakan, dan kita pun kene bersabar dengan karenah dorang dan layan dengan baik. Redha Allah itu terletak pada redha ibu seseorang.


Aku pun tak la sehebat mana, tak la sealim mana, tak la anak yang soleh mana. Tapi apa yang aku sampaikan ni harap boleh memberi manfaat pada semua orang. Papepun, rezeki tu Tuhan tentukan. Kalo korang tak suka kerja korang sekarang ni, cari la yang lain. Kalo rasa management tak best, mungkin tu masa untuk korang move on. Tapi dengan syaratnye korang pun jangan la malas time kerja, mane la tak kene marah dengan bos. Hikhik. Selamat Hari Raya!

Wednesday, July 18, 2012

Scam Kerja dan Solat Istikharah


Seperti kebanyakkan orang yang tak puas hati dengan kerja mereka sekarang, aku pun turut serta mencari kerja lain. Mana la tau kan kot-kot dapat kerja lain yang lagi bagus. Dan seperti orang lain kat muka bumi Malaysia ni, aku pun turut berpandu arahkan pada Jobstreet. Yela, kat mana lagi dah tempat yang ade gitau keje kosong banyak-banyak.

Dan sebelum ni aku telahpun hantar general resume pada beberapa company yang ada kat Jobstreet tu. Dan tiba-tiba pada satu hari ada kampeni dari negara arab menunjukkan minat pada aku, iaitu KNPC ataupun Kuwait National Petroleum Company. Dorang pun berbalas-balas emel dengan aku tanya validity, mintak document itu ini pe sume. Masa tu tiada rasa sangsi sebab domain emel yang dorang pakai bukanlah @yahoo.com ataupun @gmail.com, tapi dorang guna @knpc-kw.com. Dan tabiat diri ini memang suka melayan, so layankan je la.

Kemudian satu hari tu dorang hantar “Provisional Offer Letter” kat aku. Kat emel tu tulis dorang soh semak “Provisional Offer Letter” dorang tu kot-kot ada salah info atau typo yang dorang salah tulis. Tapi yang paling penting ialah surat tu offer aku bekerja untuk KNPC di Kuwait sana dengan gaji ribu-ribu USD!

Hati mula berbelah bahagi. Antara betul ke offer ni, nak pegi ke atau nak reject. Aku pun kalut, rase cam taktau. Memang taktau pun sebenarnye. Hehe. Tapi disebabkan kejahilan manusia dan kelemahan manusia dalam membuat keputusan, kita hendaklah meminta pertolongan pada Yang Maha Kuasa. Walaupun aku tak sealim mana, tapi aku tahu dan kita semua perlu yakin bahawa Tuhan itu lebih mengetahui. Maka kronologi malam itu:

11.30pm (malam)
- membuka emel yahoo dan membaca “Provisional Offer Letter” dari KNPC.

12.30am (malam/pagi)
- telah bercadang untuk Solat Istiharah dan pergi mengambil wudhuk.

12.45am (pagi)
- tengok facebook jap dengan soccernet, hikhik.

1.00am (pagi)
- solat Istiharah dan kemudian sambung main internet.

2.30am (pagi)
- saje nak check emel yahoo tapi terkejut kerana mendapat satu emel ni…

Mamat ni yang bernama Ravi(bukan nama sebenar) telah fwd emel “Provisional Offer Letter” aku tu pada emel aku sambil menulis emel yang bertulis:


Tajul,
I don't know who are you but do not get excited and trap into the email below. It's organized scam which is operating from KL. If posibble do make a police report.
If my understanding is correct, do you apply the job online (most likely from jobstreet). I only can advise you to ingore the proposal but if you feel that you want to go ahead do so.. but for sure you will regret later.
Regards



Wow, aku pun sangat terkejut di samping rasa bersyukur kerana tidah berterusan ditipu. Ah, kerana terlalu ralit mencari kerja, bagaimana pula aku boleh kene tipu ni! Tapi pelik gak aku, camne si Ravi ni tau pasal dan dapat pulak aku punya “Provisional Offer Letter” ni. Bila aku bertanya, dia pun menjawab:


Tajul,

Your proposal was accidently send to me, that's how i got to know.

I was also offered similar proposal just a week ago. When I investigated further, found out it's a scam. You can always call KNPC Kuwait to verify the status, but rest assured you will not get a proper answer. You also can contact the person which offers the job (Mr. Munawer), he is not aware of the offer.

Yes, it was scam. Lucky I have realise at very early stage. This scam is coordinated by Negro's from Malaysia.

Do you apply the job from jobstreet?

Regards



Cuba tengok kejadian ni, ada beberapa perkara yang boleh kita jadikan panduan dan dikongsikan bersama. Dan selepas kejadian ini, aku bersyukur dan aku pun ingin mengingatkan kawan-kawan kat luar sana supaya tak tertipu dengan kejadian seumpama ini. Jadi pengajaran yang kita boleh dapat:

1) Berhati-hati dengan sebarang kerja “classified” yang diiklankan kat Jobstreet, terutama yang memberi emel untuk korang hantar resume. Pastikan korang check betul-betul dulu pasal domain emel tu betul-betul untuk company yang wujud atau tidak. Macam kes aku, aku ditipu menggunakan emel e-recruitment@knpc-kw.com dimana emel yang sebenarnya ialah e-recruit@knpc.com.kw .

2) Sentiasalah memohon petunjuk pada Tuhan, hendaklah selalu meminta pertolongan kerana kita makhluk yang lemah. Jangan lupa untuk Istiharah jika mendapat atau bercadang untuk sesuatu.

3) Jangan salahkan aku kalau pasni aku racist dengan orang afrika yang ada kat Malaysia ni.



Tuesday, June 19, 2012

World Gas Conference 2012 KLCC




Dalam awal bulan 6 haritu, telah berlangsung World Gas Conference di KLCC. Dia ni ala-ala Oil Gas Asia (OGA) tapi dah yang ni namenye ada ‘World’, so lagi worldwide la kot. Disebabkan aku tengah takde keje nak buat, aku pun menyibuk la pegi tengok.

Nak masuk conference, kene register dan bayar mahal beberapa ratus. Tapi kalo setakat nak masuk tengok pameran je, bape la sangat. Sape yang register online awal-awal ni, boleh la masuk free. Nanti dorang akan bagi pass access untuk masuk kalo dah register. Kalo lambat register, kene bayar RM30 dulu baru leh masuk. Biasanya pakcik-pakcik keje Petronas ni la aku tengok tak register pastu bila pengawal soh register dulu, dorang tunjuk kad Petronas dorang yang tergantung kad baju dorang kononnya leh masuk free terus la. Ingat besar sangat ke korang? Register la dulu. Last-last, kene la pegi register gak. Haha.

Kat dalam ni banyak la kampeni yang ada samada from local ataupun oversea. Ada yang pamerkan barang dan produk, ada yang pamerkan budaya dorang. Tapi dalam semua tempat yang aku tanya pasal kerja kosong atau nak drop resume, sume tempat takde. Maknenye takleh cari peluang pekerjaan sangat la kat sini. Kalo ade pun, dorang soh bukak web dorang suruh tengok bahagian vacancy. Tu pun aku tau kalo korang tak suruh, haih….

Aku sebenarnya boring pulak kan kalo camni. So aku jenjalan je la gigihkan diri tengok sana sini. Nak cari peluang pekerjaan, takde lak kat sini. Takkan nak cari awek kot? Hikhik.

Dalam banyak-banyak syarikat kat sini, yang paling otai dan power kat sini ialah Gazprom dari Rusia. Nak keje dengan dorang? Dalam mimpi la, adeh.

Disebabkan dorang dah power, dorang takde bende pun nak pamerkan pasal teknologi dorang. So dorang nak tunjukkan kekuatan negara dorang dalam bidang lain lak, seperti sukan gimnastik dan juga … …perempuan-perempuan dorang yang cantik.

Tak percaya? Haa… tengok mana tu.

Disebabkan pemergian aku n tak berapa nak berhasil dalam erti mencari peluang pekerjaan, maka aku pun mencari la bende lain iaitu freegift dari booth-booth yang ada kat sini. Ye la, nak bagi ada hasil datang sini kan…

Aku rase paling best ialah from Brunei punya. Dapat pendrive 4G dan dapat keropok buatan Brunei. Disebabkan misi ni tak berapa berjaya, maka bertabah la aku kat umah lagi untuk mencari peluang kerja yang lain sambil makan keropok Brunei cecah kopi panas.

Monday, May 21, 2012

Laporan Ringkas Walk-in Interview Technip




Lokasi: Berjaya Times Square

Cuaca: Panas dan terang, angin pun slow je tiup.

Kehadiran: Lebih kurang 1000 orang!

Siapa yang hadir: Daripada fresh grad yang baru pas final exam, sampai la ke pakcik-pakcik otai yang rambut dah bertukar kaler.

Jawatan yang ditawarkan: Banyak kepada design, structural dan piping. Ada juga untuk management dan operation tapi cam tak banyak.

Peluang mendapat kerja: Senipis kulit bawang....




....okeh, jom cari keje lain pulak.

Friday, April 27, 2012

Oil & Gas Vacancy

.
.
.
Ni je hasil yang dapat, maap la. Kalo nak, korang cari sendirik yek. Aku tidak bertanggungjawap mengenai syarikat atau pekerjaan ini. Harap maklong.
.
.
.
.

Innowac Asia Pacific is a Malaysian company, was incorporated by a group of professional engineers and chemists in 2007. management. Since its inception, Innowac Asia Pacific has grown to encompass a full spectrum of solutions for oil and gas productions, pipelines, refineries, power and energy locally and internationally.
.
.
.
.

Position:
- Field Chemist
- Field Technician
.
.
Requirement:
- Takde tulis...
.
.
Send your resume to:
info@innowacapac.com
.
.

Monday, April 16, 2012

Terlepas Flight, Tengok Dolphin dan Bertumbuk


Kali ni aku ditawarkan lagi offer untuk bekerja kat rig aritu, so aku pun apa lagi kan. Setelah menerima tawaran, scan itu, send ini, emel itu, dapat ini sume, maka bersedia la aku untuk kerja freelance lagi. Walau dah malas,tapi teruskan juga. Detail flight ke Kuala Terengganu yang aku dapat telah aku print dan letak kat meja. Yela, time tu lagi 3 hari lagi nak gerak.


Dah puas berguling atas katil, aku pun bersiap-siap nak ke airport pada hari kejadian. Tiket tu kata kol 8.30 camtu la, tapi aku sampai awal dalam kol 7.00pm. cemerlang katanya, tu yang sampai awal. Hikhik. Cam biasa aku pun pegi la daftar online kat kiosk yang disediakan. Kene masukkan detail pasal flight sebelum kiosk tu leh print tiket kita. Tapi aku try masuk info sume, kiosk tu tulis tak boleh/tak valid. Ni memang kes tekan-tekan tak dapat ni. Disebabkan bengang, aku pegi kat kaunter mintak pakcik tu uruskan sambil gitau masalah. Sekali pakcik tu cakap, “ Eh, ni flight pagi tadi ni. Memang la tak dapat nak check in kat kiosk tu”. Aku dah mula cam nak pitam. Camne aku boleh tak perasan benda-benda camni.


Selalunya flight aku nak ke offshore ialah waktu malam, tak pernah aku dapat hari siang. Tapi aku salah tengok. Kat flight detail tu tulis 0830hrs, so maknanya 8.30am. kalo dia tulis 2030hrs, tu baru la 8.30pm! Sambil gelabah, sambil cari idea. Nak kejar flight malam tu ke Kuala Terengganu, dah terlepas lak. Tapi setelah amik oksigen yang banyak untuk berfikir, timbul idea bernas. Naik flight ke Kuantan malam itu dan ambik teksi ke Kuala Terengganu. Yay, strategi itu berjaya. Flight ke Kuantan pukul 10pm, so sempat la aku main game kat airport ( kononnya hati dah tenang) tapi aku terpaksa bayar rm100 lebih untuk penalty dan tukar flight. Dan aku juga terpaksa naik teksi selama 3 jam dari Kuantan ke Kuala Terengganu dengan harga RM300. Takpe, boleh claim. Hikhik.


Dah sampai ke laut tu, keje la cam biasa. Takde masalah pada awalnya. Time sedang standby, laut pun tenang coz takde angin. Tapi tu petanda nak ujan/angin kuat pada 2-3 hari selepas itu. Sednag lepak-lepak boring, kitorang ternampak banyak ikan besar melompat riang. Haih, ikan ape lak ni kan. Selalu takde nye ikan ni nak show off. Rupa-rupanya ada sekumpulan dolphin. Hehe, best gak tengok dolphin liar ni secara live. Ada yang saje memain lompat-lompat, ade yang kejar-kejar ikan lain. Tapi disebabkan aku ni dok atas mende alah yang tinggi ni, so nampak dari jauh je la.


Bila start operation, cam biasa la kene keje. Waktu tukar shift kitorang biasanya kol 6.00, tak kisah la pagi ke petang. Satu hari tu, dah kol 6 dah tapi pengganti kitorang tak masuk lagi. Selalunya dia datang cepat. Haih, mendidih sikit gak darah aku. Yela, aku nak mandi lagi, asar lagi, makan lagi. Eh,aku ke yang bertumbuk nanti? Hehe, sabar dulu. Sambung cite. Pastu pakcik Thailand yang keje dengan aku ni nak pegi tengok la kan ape jadi, so dia balik bilik dulu. Jam pulak dah 6.30pm, mane pulak yang nak gantikan aku ni. So datang la mamat cina ni. “ tajul,sori ye saya lambat. Tadi ada hal sikit. Saya sama orang Thailand itu bertumbuk”. Haih, gara-gara salah paham ( dan memang susah nak paham ) dan panas baran, akhirnya jadi camni. Aku pun malas nak komen lebih. Nasib baik la orang Thailand tu memang balik pada keesokkan harinya, so takde la rase tegang sangat keadaan ni. Bila balik bilik, aku tengok lampu kat tepi dinding yang rendah tu punya cover plastik dah pecah. Bilik pulak dah tunggang langgang. Ni memang gaduh cam bergusti ni. Haih...


Tapi bila krew bertukar ganti, ingatkan takde masalah pada operation. Sekarang krew untuk operation kitorang ialah 1 Malaysia. Dalam 4 orang tu ada melayu, cina, india dan iban. Tapi entah macam mana, equipment kitorang ada yang rosak, ada cubaan untuk repair yang mengambil masa tapi tak berjaya, ada yang tak pandai nak wat keputusan, ada yang takleh lead, ada yang cakap besar dan macam bagus. Dan akhirnya keadaan menjadi tak seronok. Time aku keje ada dalam satu hari tu, macam-macam la benda terjadi sampai aku rasa nak nangis coz taktau nak buat apa dah, cam dah takde penyelesaian. Tapi aku pikir dan buat something jugak la hingga keadaan terkawal, tapi terpaksa bergelut dalam masa 12 jam bekerja tu. Tangan aku pulak terkena bahan kimia Base Oil, so menyebabkan dia jadi gatal-gatal dan mengelupas. Akhirnya aku dibenarkan pulang awal. Dalam keadaan tak tentu hala waktu operation ni, dah tentu aku nak sangat balik awal. Helicopter penuh, so malam tu aku dan 7 orang yang lain terpaksa balik naik kapal supply yang mengambil masa 16 jam! Ah, tak kisah la. Asalkan aku dapat balik umah.

Thursday, April 5, 2012

Oil & Gas Vacancy

Aku tak pasti camne,tapi boleh la try yek.


1)Engineer - Electrical, Instrument
- recognized degree in engineering
- candidates working in plant maintenance or related field with sound technical knowledge will also be considered
- fresh graduate are encaurage to apply for junior engineer position

send your resume to : tmanimuthu@tarponenergy.com



2) Senior mechanical Service Engineer
- you are accountable for the professional and on time delivery of the project and will be stationed on the job for projects in the oil & gas and offshore industries.
- minimum diploma in mechanical engineering
- minimum of 5 years of experience
- good communication in english and mandarin

send your resume to hr.emea@doejins.nl ---> opis kat PJ, Selangor

Sunday, March 18, 2012

Langsung ke Langkawi (Simple Guide)


Disebabkan bosan, aku pun plan dan menerjah ke Langkawi. Ok la tu Langkawi. Gila kau, takkan nak pegi Hawaii. Kat Langkawi tengok laut gak kan, so same gak. Yang lain dia, aku leh mandi laut la kali ni. Celah mana lak kan aku nak mandi laut time keje.

Kali terakhir aku singgah di Langkawi ialah tahun 2009, diikuti sebelum itu pada tahun 2007. So plan kali ni ialah pergi 3 hari 2 malam dan takde aktiviti laut yang banyak sangat, pergi bersantai je. Flight aku petang, so sampainye aku kat airport tu terus la aku cari teksi dan pergi ke Amzar motel. Bilik yang aku amik ni bilik cam hotel la kirenya, harganya RM95 satu malam. Ni aku pergi time cuti sekolah baru start, so taktau la harga efek ke tak. Kalo nak pegi laut, kene cross jalan. Tapi tak la jauh mane. Kalo dah malas tu, tido je la kat bilik. Tapi aku rajin, so aku pegi mandi laut. Malam tu aku makan kat Haji Ramli Seafood. Antara lauk yang aku amik ialah ikan pari bakar, ikan siakap, kalian ikan masin dan udang goring sebanyak 6 ketul. Ambik kau, kene bayar RM95!

Hari kedua tu pulak pas bangun pagi, aku check out dari situ dan check in kat Chenang Resort. Ni harga dia RM100 dan dekat dengan pantai, memang kat tepi pantai. Kalo guling-guling dari bilik pun dah boleh terus masuk ke laut. Disebabkan kali ni nak pegi bersantai, aku sewa je la motor. Kat Pantai Chenang ni banyak je tempat orang sewa motor. Tengok la gambar tu nanti berapa harga motor, ikut jenis. Dah ada motor tu, aku redah tempat standard je. Aku pegi Cable Car (RM15) dan pergi Underwater World (RM28). Sempat la gak aku usha harga coklat kat situ, hehe.


Petang tu aku singgah Laksa Power yang terletak kat tepi jalan kat tepi airport. Nak la rase kan, power sangat ke. Aku bukan peminat laksa, so aku takleh komen lebih. Bagi aku takde la best gila, tapi takde la tak sedap pun. Worth to try. Harga laksa ialah RM3 dan laksanya besar serta kuahnya pedas-pedas laksa dan pekat. Best la hirup. Mungkin yang penyedapnya ialah adik yang letakkan mee laksa dalam mangkuk aku makan tu tak pakai sarung tangan. Erk…
Malam tu aku try la makan Western kat Boutique Café. Saje je la mengada-ngada. Sini harga leh tahan la menangis, jangan harap nak dapat harga cam kat foodcourt. Kat sini chicken chop dia RM22 tapi puas hati la sebab besar. Aku try rib eye stik dengan harga RM45 dimana aku sangat berpuas hati. Dimasak empuk dan sempurna, stik ini turut disertakan dengan mee pasta.

Hari ketiga yakni hari last kat sini dah tentu la kan nak beli coklat. So cargas la aku ke pecan Kuah dengan menaiki motor. Sah-sah Langkawi panas time ni, so aku jadi kurang cerah setelah naik motor lama-lama. Tempat shopping pinggan mangkuk dan coklat yang femes kat Kuah ni mesti lah tempat pak Haji tu kan. So dalam hati nak beli coklat kat sana. Masa semalam, aku check harga coklat Daim kat Underwater World ialah RM14.50. bila aku tengok kat tempat pak haji tu, harga Daim ialah RM15.80! Dan rata-rata aku pusing pecan kuah pun semua coklat Daim harga camtu. So coklat lain pun cam mahal sikit. Cargas aku running balik pegi Underwater World cari coklat. Kat sini pun harga naik gak! Tapi tak semahal kat kuah la, Daim kat sini RM14.90. Baru aku perasan nape harga naik mendadak, mungkin disebabkan cuti sekolah baru bermula. Korang kalo nak beli coklat, jangan datang time cuti sekolah.

Dah beli tu, aku try la pulak Jom Ikan Bakar untuk lunch. Dah kat forum & internet orang kata best dan murah tempat ni, aku pun saje la terpengaruh. Ni perut la ni, sume nak telan. Kat internet, orang kata dekat dengan parking Beras Terbakar. Ye la dekat, aku gigih la parking motor kat situ dan berjalan kaki cari merata tempat. Dah berpeluh ketiak aku, rajin la aku tanya sorang mamat ni kat mana.


Ni nak gitau tempat dia. Kalo korang dalam arah keluar dari tempat Beras Terbakar tu, korang belok kiri dan jalan terus sampai jumpa 2 traffic light. Pastu jalan terus dan usha kiri. Kalo Nampak asap tu, tu la tempat dia. Ikan dia best cam ayam percik pun ada. Kat sebelah dia tu pulak ada bakery yang best namanya Leena Bakery. Roti dia leh tahan sedap dan pilihan kek pulak dah macam Secret Recipe lak. Dah agak-agak perut dah bulat kenyang, aku pun prepare balik. Pas pulangkan motor kat pantai Chenang, aku cari teksi dan pegi ke airport, RM18 caj. Sampai kat airport, aku pun pikir apa la yang aku nak buat nak bagi kulit aku ni cerah sikit (T_T)

Tuesday, March 13, 2012

Pergi Laut Dari Kuala Terengganu



Hah, apa yang pelik? Kira lain la sebab sebelum ni kalo pegi offshore, mesti dari Kertih ataupun dari Kota Bharu. Dah tu, kenapa pergi dari Kuala Terengganu lak? Haa… ni nak cite.
Sekarang ni Petrofac dah mula pindah operasi dorang dari airport Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Nak lagi jimat kos agaknya, sebab mungkin jarak lagi dekat. Dengarnya baru je ni dalam bulan December 2011 dorang pindah. Tu pun masih banyak belum siap lagi seperti hangar untuk helicopter. Kat sini leh bawak henpon pegi laut, tak macam kat Kertih. Elok la tu, aku pun tertinggal kamera ni nak amik gambar. Guna camera phone je la.


Ni pulak 1st time la bekerja as a freelance ataupun consultant. Ceh, bunyi nak sedap je. Padahal sebenarnya nama dia keje kontrak je. Hehe. Kali ni dapat la merasa duduk hotel best sikit. Ye la, sebelum ni dok hotel (or motel) yang sekangkang kera je. Nak kata sekangkang aku pun leh gak coz takde ruang langsung dalam bilik. Nak solat pun atas katil. Yang hotel sekarang ni puas la aku guling-guling kat lantai sampai penat.


Cam biasa, pas taklimat sume akan tunggu chopper dan bergerak ke laut. Kali ni aku bekerja kat sebuah jackup yang berusia 30 tahun. Besi buruk ni berdiri di atas laut yang sedalam 42 meter. Geram je aku nak jual besi ni kat tokey-tokey besi buruk kat luar sana. Tempat tido usah cakap la, dah macam keranda aku rasa. Tidur pun penuh keinsafan. Bilik aku share 4 orang, pastu bilik air kat luar. Aku keje shift malam dengan sorang brother melayu ni. Yang shift siang, geng-geng pakcik Thailand. Bila bro melayu ni balik, datang pakcik Thailand lak ganti dia. Lebam la aku kat bilik tu coz aku sorang je dari Malaysia dan lagi 3 orang dari Thailand. Sep baik dorang ok, hehe. Kat sini satu je platform untuk digerudikan. Kat area rig ni ada pipelay barge yang besar dah ready nak buat kerja. Dengarnya nak buat piling untuk FPSO yang akan masuk stay kat field ni.


Tapi cam biasa la, kat mana-mana offshore pun ada je golongan kerek dan berlagak ni. Yang tak tahan tu orang Malaysia sendiri gak tu. Ade la 2-3 orang kan. Pangkat tak besar mana, kampeni pun cikai je. Tapi kerek taknak kalah. Ade tu cam dah tak geti nak respek orang lain dah, bajet elaun kau besar sangat ke. Ringan je tangan aku nak tolak ko dalam laut. Tapi cam berat je mamat ni, tak larat kot aku tolak. Tapi biarlah, asalkan aku layan orang lain baik-baik. Perangai korang cam ayam, tak bermakna aku nak kene jadi cam korang.


Trip kali ni aku jumpa macam-macam orang gak. Ade tu pakcik ni dari Bali, Indonesia. Dia tengok aku pakai tshirt Bali pastu dia cite la yang dia dari sana. Dia ni dulu beach boy kat Bali. Dia kata asal dia keje ni pun coz dia ajar omputih main luncur air kat Bali. Pastu omputih tu offer dia keje offshore. Yang tak tahan tu dia cite life dia jadi gigolo masa jadi beach boy tu coz nak cari duit lebih. Haha, aku tergelak je dengar pengalaman dia.
Pastu ada brother ni lak naik kejap atas rig ni. Dia ni surveyor. Aku borak-borak la ngan dia pas makan. Yela, aku kan peramah.hehe. dia kata dulu dia penah keje kapal. Gaji last yang dia berenti ialah USD14,000 sebulan. Aku dengar je la. Then dia tanye aku punya career target camne. Aku kata la aku nak keje field dulu then baru masuk management, supaya aku jadi orang atasan yang bagus yang paham masalah dan situasi kerja/pekerja. Pastu dia kata ni pemikiran orang 10 tahun dulu. Dia kata aku patut amik je jawatan atas. Nanti ade la orang yang ajar. Haih, masalahnye bro aku dah selalu je jumpa management yang cam hampas kelapa. Dan mamat ni pun satu. Tadi awal-awal masa berborak ngan aku tadi, dia cite ada manager schlumberger from Indonesia yang taktau pape bila dia tanya macam-macam soalan. Dah tu ko nak aku jadi cam orang tu ke? Adoi la…


Sepanjang 5 minggu aku kat atas ni, dah 15 majlis kawin aku terlepas. Tapi trip kali ni membuka mata aku pasal offshore ni. Dulu aku rasa dah malas dah. Tiba-tiba aku jadi seronok balik. Time ada sorang pakcik Thailand yang keje shift aku tu nak balik, dia siap bagi aku tshirt dari Thailand lagi, tshirt baru. Dia cakap dia takde pape nak bagi, tshirt ni je dia ada. Aku pun terharu gak. Best sangat ke aku ni, hikhik. Ya, aku mahu terus bekerja di laut dan bersikap mulia lagi tidak sombong.
Tapi masalahnye ada ke kampeni yang nak amik aku kerja permanent…..