Wednesday, December 22, 2010

Impian Kurang Penting Diri Ini

Sume orang suka berangan dan ada impian. Ada nak jadi kaya la, nak kawin ngan artis la, nak pakai kereta best la. Eh, pun nak jadi kaya gak. Hikhik. Tapi aku ada beberapa impian sederhana yang aku cuba nak capai dalam hidup ni. Rasanya kalau berjaya menggapai impian ni pun, bukan ada apa pun. Cuma hati puas je la kot. Antara impian-impian aku yang tak best ni ialah:


1) Mendaki Gunung Kinabalu.

Gunung ni kan gunung tertinggi kat Asia Tenggara (walaupun ada desas desus yang sebenarnya ada gunung lain di negara Asia Tenggara yang lagi tinggi). Walaupun aku ni asalnya memang suka aktiviti outdoor dan hiking, tapi aku tak penah lagi naik sini. Nak merasa cabaran naik gunung berbatu dan nak keluarkan duit kertas yang ada gambar kat gunung kinabalu tu bila dah sampai nanti. Tapi kos dia boleh tahan gak…


2) Pergi Bali

Dulu orang kecoh sangat pasal Bali ni, tu yang wat aku teruja tu dan nak sangat tengok tempat yang femes ni. Tapi impian ni berjaya gak aku capai dalam tahun ni. Kiranya tak sangka la akan ke sini gak dalam masa terdekat. Best beb, kat sini omputih kaw-kaw punya. Hikhik.



3) Naik kapal Sapura3000

Kapal apa ni? Kapal persiaran ke? Bukan, ni kapal pasang paip (pipelay barge) yang paling hebat sekali kat Malaysia sekarang ni. Ye la, ada berapa banyak je pun yang besar ni kat Malaysia ni. Selain boleh pasang untuk laut dalam, dia gak boleh digunakan untuk pemasangan. Contohnya masa aku kat Thailand dulu, dia ni selamba je angkat Living Quarters (tempat tinggal kat platform) tu untuk dipasang. Ye la,besar kot. Nak naik kapal ni kene la keje sini, adeh.



4) Pergi ke Kikeh Platform

Apa yang bestnye Kikeh platform ni? Platform ni terletak kat laut Sabah yang berkedalaman 1350 meter atau 1.3KM! Ni adalah platform laut dalam yang pertama kat Malaysia. Platform ni pulak menggunakan design spar. Spar ni satu-satunya yang berada di luar Teluk Mexico. Spar ni korang anggap la ada satu tiang besi bulat yang besar yang tengelam dan terapung kat laut pastu kat bawah dia ada rantai-rantai besar yang diikatkan antara tiang ni dan dasar laut. Kagum dan berimpianan nak ke sini.


Jadi nak capai langkah no 1 tu aku kene kumpul duit banyak-banyak tapi untuk langkah no 3 dan no 4 tu untuk aku capai, kene la aku..... ....anta resume!

Lari....!!!
.
.
.

Sunday, December 12, 2010

Catatan Hidup: Seminggu Sebelum Berkahwin



Oit, bukan aku yang nak kawin. Ini boleh dikatakan sambungan kepada posting Catatan Hidup yang lepas. Sedikit pengenalan, mereka yang bertunang pastinya akan berkahwin jika tiada masalah kerana pertunangan itu sendiri adalah satu proses sebelum berkahwin. Tapi apakah hati dan perasaan orang yang ingin berkahwin itu lebih-lebih lagi jika dia masih mempunyai kenangan lama? Ini ceritanya…

Umum mengetahui cinta pertama atau first love adalah sukar dilupakan bagi sesetengah pihak, mungkin juga bagi kebanyakkan pihak. Ini kebanyakkannya berlaku jika seseorang itu ditinggalkan pasangannya. Yela, kalo yang meninggalkan pasangan mesti la dia enjoy dan dah lupa habis sebab dapat yang baru. Hehe. Tapi bagaimana kalau crush semata-mata atau memang bertepuk sebelah tangan dari dulu? Ataupun mungkin satu pihak melayan istimewa untuk sesuatu masa dan pihak yang dilayan salah paham? Nak bincangkan ke… er,takyah la. Just baca petikan sms di bawah yang berlaku dengan bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinannya lebih kurang seminggu dari tarikh sms tersebut:



Aku: Harap awak dah lupakan saya sepenuhnya, your big day is just 1 week ahead.

Beliau:
Sure cannot la, I can’t.

Aku:
Kita takda jodoh.

Beliau:
Saya tau… dari dulu lagi, sebab saya bertepuk sebelah tangan.

Aku:
Harap dalam hati awak takda rasa sayang kat saya lagi.

Beliau:
Still got. But hopefully later it will disappear.. susah nak lupakan 1st love tau. Awak pun ada experience yang sama kan…

Motip nak kaitkan aku lak. Aku mana ada pengalaman pape. Kalo ada pun, takde hal punye la lebih-lebih lagi kalo dah jumpa orang baru cam dia sekarang ni yang dah nak kawin. Bila dah jadi camni, aku sehabis baik harapkan perkahwinan dia dan kehidupan dia selepas kahwin akan berjalan dengan lancar. Kalo boleh aku taknak terserempak atau tersepak kasut dia dari belakang kat shopping complex untuk menjaga keharmonian dia nanti. Harap dia akan jadi doctor yang berjaya satu hari nanti.
Anyway, sms dia yang last sekali paling tak patut! (T_T)

Beliau:
Take care, and jangan lukakan hati mana-mana pompuan lagi.hehe.

Wednesday, December 8, 2010

Oil & Gas Vacancy




Ayuh, jom terjah pencari kerja semua terutama yang fresh dan nak sangat masuk oil and gas tapi yang tak banyak bunyik dan songeh. Kalo mau dan rajin serta tabah, cuba la. First step is important step :)

RAM-Bytes Sdn Bhd

1) Service Engineer

- Bachelor Engineering in Mechanical
- Fresh Graduates are encouraged to apply for this position.
- Willing to travel onshore & offshore
- Fast learner and can work independent with minimal supervision

Scope of Works: To perform Condition Based Monitoring Program
Based location: Kerteh, Terengganu.


2) System and Instrumentation Technician
- Diploma in Mechanical Engineering
- Fresh Graduate are encouraged to apply
- Willing to travel onshore & offshore

Scope of Works: To perform Condition Based Monitoring Program
Based Location: Kerteh, Terengganu

email your resume to: rambytes@tm.net.my
or phone at 09-826 1584


Jadi kalo hati kering takde hal dok laut or jauh dan nak sangat, sila la apply. So, apa kaitannye gambar kat atas tu? Tah, blog aku so sukati aku la. Hehe. Bawah mata kanan aku selalu gerak-gerak lately, jadi rasenye minah omputih tu akan jadi gf aku tandanya.
~ Ada yang tanya aku wat sume ni aku dapat duit ke/percent kalo tolong hebahkan vacancy ni. jawapannye tak, takde langsung. Aku buat untuk suka-suka dan cam nak menolong mereka yang mencari 1st step.

Tapi adakah aku telah berada di dalam 1st step itu... (T_T)

Thursday, December 2, 2010

Kerja Pasang - Memasang


Aritu ade la geraknye ke Kemaman lagi dengan sorang opismet ni. Nak assist dia je sebenarnye. Tapi sebenarnye tak dapat wat pape pun untuk dia. Just assist dia jangan ngantuk time nak drive laju je la kot,adeh.


So kat situ sebenarnye nak pasang Bur - ner Bo - om atau Fla - ring Bo - om. Korang buang je tanda palang tu, aku saje je letak sebab taknak ade sesapa cari word ni. So dalam Bahasa Malaysianye aku nak namakan Palang Pengeluar Api. Ape mendenye tu? Ala… mende alah yang keluar api tu la. Kalo kat production platform, tu biasanya time production. Kalo kat atas rig kecik atau jack-up rig, tu maknanye untuk testing telaga minyak tu la tu.


Jadi kapal ni ada keluarkan api,camtu?hebat la ek? Eh,hebat ke. Tah,biase je. Kalo tengok kapal negara luar asia yang wat operasi yang sama & parking kat sebelah, baru tau camne beza. Jadi yang dipanggil Palang Pengeluar Api ni boleh dihayunkan ke depan dan belakang. Ni menggunakan hydraulic la. Time nak operation, dia swing la ke depan. Time nak belayar balik port ke hape, dia swing la simpan ke tepi kapal. Tapi biasanya biar je tekeluar ke depan time belayar. Kalo port dah bising-bising taknak bagi terlaga ngan kapal lain, baru le swing ke tepi kapal.hehe.


Aritu problem dia kat hydraulic lak rosak. Senget la besi dia, berkarat la. So kene la repair. Makan dalam RM10k gak la. Bile tah agaknye nak merasa gaji camtu. Nangis (T_T)

*aku telah mengambil keputusan untuk tidak meletak pesbuk aku di blog ni pada masa hadapan untuk mengelakkan blog ni dijumpa oleh sesapa yang kenal dan mencari aku.

Sunday, November 21, 2010

Oil & Gas Vacancy

Untuk dicuba-try-test oleh rakan-rakan sume...

1) Mechanical Engineer for Oil, Gas and Petrochemical.

Requirements:
-B Sc Mechanical Engineering
-Fresh Graduates are encourage to apply
-Willing to work outstation and offshore
-Requires minimum Supervision.
-Friendly and able to work under pressure.

Please submit resume to
intan@rwna.com.my

RWNA ENGINEERING SDN BHD
HSM 5696PT No 6204
KM25, Jln Kuantan-Kemaman
Gebeng, Mukim Sungai Karang
26100 Kuantan, Pahang



2) Technical Service Engineer

We are a public company presently listed on the Main Board of Bursa Malaysia with an accomplished regional plant and process engineering. We serve some of the most fertile sectors globally, which include Oil & Gas, Bio diesel, Chemical, Petrochemical, Power Generation and Semiconductor industries. Our main activities are in plant and process engineering plus manufacturing.

Responsibilities:
-Preparing quotations.
-Coordinating production and sales.
-Design calculations.
-Handling inquiries (technical & commercial).
-Preparing tenders.
-Project supervision.

Requirements:
-Candidate must possess at least a Diploma, Advanced Diploma, Degree, Post Graduate Diploma in Engineering (Chemical/Mechanical), or equivalent.
-Required language(s): English.
-At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position.

Interested Applicant please send complete resume together with photo to: anlyn.marcial0224@hotmail.co.uk

Sunday, November 14, 2010

Lawatan Kerja ke Kemaman


Haritu pasukan yang gigih pergi la Kemaman tengok barang-barang dan nak cari update persiapan projek yang mungkin akan bergerak pada bulan 12 tahun ni. Aku gigih gak ke? Ya, aku gigih menyibuk je kat kawan aku yang betul-betul kene sibuk dalam kesibukan ni. Berbekalkan evo 3 beliau yang nampak sebijik cam Wira Aeroback hijau, bergerak la kitorang ke sana.


Setelah kenyang makan itu ini, jumps la ngan sorang pakcik Pilipina ni. Dia je yang paling berpengalaman sekarang pasal projek ni. Beliau adalah orang negara sana yang kononnya berhabuk cakap Amerika, tapi memang habuk pun kitorang tak paham. Bukan sebab Englishnya berhabuk cam omputih tapi sebab berabuk cam ada habuk kat dalam otak & mulut dia. Adeh, baca emel dia pun susah nak paham ayat dia inikan pulak nak dengar dia bercakap. Sesi luahan masalah keje (dan mungkin luahan masalah hidup dia kot?) diadakan di tepi sungai. Motip sangat la dia pilih tempat jiwang ni. Kadang-kadang sambil kitorang cari isi penting dia nak bagi pasal kerja ni, tertawa jugak kitorang ketika beliau ketawa. Tapi sebenarnye kitorang tak paham pun pe yang kelakar & even tak paham dia cite pe, nak jaga hati punye pasal gelak paksa je la.


Dengan piping, line, barang-barang dan tangki sume yang masih belum pasang lagi, adalah diharapkan mende ni dapat setel cepat. Kapal sekarang sedang togel cam kapal biasa kosong je tanpa mende-mende alah ni. Kecepatan barang ni dipasang sangatlah diharapkan bukan kerana nak bagi kapal tu nampak cantik dan power, tapi takut masa suntuk tak dapat siapkan sume sebelum projek bermula. Diharap rakan-rakan yang berdedikasi akan dapat bonus dan increment dengan berjalannye projek ni. Eh, dapat ke… (T_T)




Diharapkan aku dan kawan aku dipermudahkan urusan dan diberi jalan yang boleh membantu kehidupan masing-masing. Amin.

Wednesday, November 10, 2010

Oil & Gas vacancy




Ini adalah dari Alam Maritim. Mungin ni adalah position lama (iklan lama) dan mungkin ia adalah position yang berterusan. Dorang ada banyak kapal dan juga wat beberapa servis untuk offshore. Position ni pun boleh jugak untuk fresh grad. So kalo nak berjinak-jinak ke dalam offshore, leh la try. Kalo tak suka jika telah bekerja, resume korang still menjadi cantik berbanding kosong je :p

TECHNICAL EXECUTIVE

Requirements:
• Degree/Diploma in Marine Engineering or related discipline.
• 2 years of shipboard service or 3 years ship yard experience will be
an added advantage.
• Hard working and willing to work after office business hours and
public holiday if required.
• Good verbal and written communication skills in English Language
and Bahasa Malaysia.
• Willing to be posted onboard as part of training program.
• Non-marine personnel with good working experience in maritime
related industry or oil and gas industry are encouraged to apply.
Fresh graduates also are encouraged to apply.
• Applicants should be Malaysian citizens.

email : hr@alam-maritim.com.my


dan korang boleh gak try anta general resume ke emel kompeni bawah ni. Dorang ada wat projek untuk skid untuk platform dan jugak terlibat dalam penghantaran ke port.

info@bacosetia.com.my


dah,tu je.
anyway,gambar kat atas tu bukan time aku keje kat offshore tapi sedang lepak kat Bali. Hehe.

Thursday, October 28, 2010

Kejahilan Kerja yang Agak Lawak




Minggu ni ade keje sikit pasal projek baru kat lautan Borneo tu. Hehe, motif aku taknak cakap negeri ape. Jadi kiranya agak sibuk jugak la minggu ni. Selalunya buat-buat sibuk tapi kali ni memang sibuk. Sibuk nak tau gossip pasal orang lain, kahkah. Penyibukkah aku? Ah, ngarut. Tapi memang ade keje pun kat opis.

Sedang aku wat keje, ada akak dari akaun ni tanya aku pasal satu invoice lama. Dah lama gile, ni antara kerja pertama yang aku buat masa kerja rasanya. Sambil tengok nak ingatkan tu kerja yang mana, aku tersenyum sendiri. Yela, tengok nama aku kat invoice tu dan kebodohan aku.


Biasenye sebelum invoice itu disiapkan dan dihantar ke finance punya department, invoice tu akan di cop 3, iaitu cop yang mengandungi “checked by”, “verified by” dan “approved for payment”. Contoh cop 3 adalah kat gambar atas tu. Jadi setiap kotak dalam cop 3 ni hendaklah ditandatangan oleh orang yang berbeza.

Tiba masanya masa aku baru start keje, superior soh aku setelkan invoice tu dan cop 3 kemudian tandatangan sebelum hantar ke finance. Kononnya nak tunjuk impresi yang bagus, aku buat kerja ni dengan bersungguh-sungguh. “senang je,cop 3 pastu cari orang untuk sain”, kata aku dalam hati dan perasaan gementar tapi adventures.

Maka...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


aku cop sebanyak 3 kali kat atas invoice tu. yela, kate cop 3.... (T_T)

Monday, October 25, 2010

Perut Boroi




Perut manusia boleh membuncit atau kelihatan boroi. Bende ni boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah sebab mengandung, sebab makan rasuah atau kerana aktiviti hidup yang kurang sihat. Aku pun perut terkedepan gak. Nak kate mengandung, aku lelaki. Masih teruna lak tu, hikhik. Nak kata makan rasuah, tak penah pula nak cuba-cuba atau terpikir. Jadi aku rase sebab aktiviti hidup aku yang dah tak sihat ni. Takde la maksud tak sihat tu, aku kerja part-time kat lorong-lorong gelap. Hehe. Aku rase aku makan banyak pastu kurang berjogging macam dulu. Senaman perut pun jarang buat. Pastu balik keje je,terus baring. Kadang-kadang terlelap terus.

Gambar kat atas tu gambar perut aku yang ori la tu. Tak boroi? Yay, terima kasih. Tapi aku tak rase camtu. Kalo nak kata perut tu besar, cakap je. Pasrah dah, adeh. Aku rase kalo aku ni pompuan pastu naik LRT, mesti ade orang offer aku duduk. Tak tau la cara nak kecikkan perut ni balik. Dulu aku mempunyai perut yang menggiurkan dan juga six packs. Yela,aku tipu. Dulu perut aku biase-biase je tapi takde la macam sekarang ke depan. Nak buat sit-up, takde bende lak yang leh menampung kaki time senam tu. Nak tahan kaki dengan katil, bergerak lak katil. Nak letak Losyen Mustajab tu, tak sure lak. Cam nak try letak tapi cam tak berkesan lak. Minum Jusmet 5 kang, makin kurus lak aku yang da sedia kurus ni.

Kesimpulannye kat korang, amalkan la cara hidup yang sihat (T_T)

Monday, October 18, 2010

Bonus dan Pipeline yang Rosak




Berita ini dipetik dari internet ( tapi gambar tu dari laptop aku le). Nangis tul. Siap cite kapal kesayangan aku tu takde projek lagik. Aku dah highlight isi penting & pendekkan berita ni. Nama kompeni-kompeni terlibat dan nama projek/kapal terpaksa disorokkan. Sila baca kalo takde bende nak baca. Jika kene bayar, adakah bonus menghilang? Merajuk la camni, malas nak post pape untuk bulan 10 ni lagi (T_T)


KUALA LUMPUR, Oct 14 (Bernama) -- RAM Ratings said the AA3 ratings of xxxxxxxx Offshore Bhd's RM350 million debt notes are unaffected by the recent notice of claim served by xxxxxxxx P.M. Inc for damages to pipelines allegedly caused by one of the group's vessels.

In a statement Thursday, it said the debt notes are the RM150 million serial bonds with warrants (2006/2014) and RM200 million Islamic medium-term notes programme (2008/2023).

xxxxxxx provides marine support, engineering equipment, maintenance, drilling-rig and platform services to the oil and gas sector.

On Oct 6, xxxxxxxx P.M. served a notice of claim on one of xxxxxxx's subsidiaries, xxxxxxx xxxxx Services Sdn Bhd, for the cost of repair and cleaning for pipelines allegedly damaged by its vessel - xxxxxx Pxxxxx 1 - at East Belumut Field, off the east coast of Peninsular Malaysia.

The claim amounts to US$15.9 million (approximately RM50 million). The group's insurer has since commenced a review and is carrying out further investigations.

xxxxxxx's performance remained weaker than expected in the first half of financial year 2010. Even though losses from its xxxx operations had narrowed, the group only achieved RM8.22 million of pre-tax profit for that period.

This was due to slower order-book replenishment for its engineering equipment and maintenance services division, coupled with the dry-docking of two vessels and low utilisation of its well-testing vessel after the expiry of its time-charter contract.



wah, low utilisation tu. Sah-sah la kalo ade projek pun, untuk short term je. lebam le camni lepak opis je. Kononnye nak bekerja keras kan, sejuk keras cam air batu kat opis la jawabnye. Walopun dok opis lame-lame, kene stopkan aktiviti menyuruh sesapa membuat air panas untuk aku. Harap tidak serius dan fefeeling dengan aku sebab aku dah cakap perkara itu sume gurau senda. Takkan sangat serius bila aku kata nak ajak bertunang dan kawin dimana perbualan ini diakhiri dengan pemberitahuan bahawa aku bergurau. tidak perlu rasa nak demam kalo aku kata tanpa serius. Harap tolong suka lelaki lain. Eh, luahan perasaan lak. Adeh...

Tuesday, October 12, 2010

Oil & Gas Vacancy




1) AMTECH CHEMICAL Sdn. Bhd.

Technical Service Engineer

- Candidate must possess a Bachelor's Degree in related Science, Engineering or equivalent.
- At least 2 years of working experience in oil and gas field is required.
- Must be self-oriented with strong leadership and interpersonal skills.
- Able to work independently.
- Candidate with offshore passport/certificate will be an added advantage.(BOSET/H2S/NIOSH/PTW)
- Will be working at our Labuan office.
- For male candidate only.


Closing Date : 23-Oct-2010

Main Office:
AMTECH Chemical Sdn Bhd
20-01, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-237 3490/3491 Fax: 07-235 2485

*emel tak diberi,so korang rajin-rajin la talipon yek camne nak emel kalo malas nak anta surat.



2) McDermott Asia Pacific Pte Ltd.

Field Engineer


Requirements:

* Bachelor Degree in Engineering
* Fresh graduates are welcome to apply for the position
* Working knowledge of design and offshore execution

If you are what we are looking for, please email your resume indicating your current and expecting salary and indicate in the email subject: Application for [Position] by [Your Name]
Email Address: recruiting.asiapacific@mcdermott.com

*taukan camne?konon adiputra nak anta resume,so dia tulis tajuk emel dia yang kat ruang tu "Application for Field Engineer by Adiputra". Kompeni ni dulu tak silap aku ade yard kat batam. Masa aku pegi offshore dulu, ade gak orang dia sorang join kitorang jap,tak wat kej ape tah tapi dorang panggil dia kapten. Konpius aku.

Gambar atas tu gambor aku. Tah bile dapat tengok sunset kat laut hari-hari lagi...

Sunday, October 10, 2010

Catatan Hidup: Tunang Orang




Aku malas nak keluar hujung minggu buat masa sekarang sebab aku takde rasa nak keluar. Biasa la bagi aku, masalah kerja akan menganggu emosi dan mood. Bukan masalah kerja pasal ‘kerja-kerja’ tapi lebih kepada ‘kerja’ itu sendiri. Takpe, takyah paham. Tapi bila sorang ni ajak keluar, aku rasa aku perlu keluar jugak. Walaupun dia ni tunang orang lain, aku rasa takpa kot selagi aku tak mengurat atau mengganggu dia. Hey, lagipun dia yang ajak aku keluar kan?

Keluar tanpa cincin tunang di jarinya buatkan aku tertanya-tanya jugak. Tapi aku tanya diri aku sendiri je la, tanya dalam hati. Adakah malas nak pakai cincin macam dalam cite Full House ke ataupun tidak kesampaian? Lama-lama dia bukak cite sendiri, cincin hilang rupenye. Ceh, saspen sudah.

Walaupun dah lama kenal tapi dah lama tak berhubungan rapat, dia masih paham & tau perangai aku lagi. Masih tau apa yang aku suka & tau perangai aku yang baran (zaman dulu kala) sampai takut aku marah lagi. Aku dulu banyak marah dia zaman study dulu & dia lak banyak menangis kat phone. Tapi yang paling wat dia menangis adalah ketika aku cakap pasal kebenaran & menjelaskan salah paham dia terhadap aku. Ramai gak la geng skema batch fakulti dia anti aku. Walaupun aku “menolak” dia waktu tu, kitorang still keep in touch lepas tu dan berkawan. Cuma ada masanya atau selalunya aku malas nak keep in touch ni. Walaupun dia baik, tapi susah aku nak bercintan ngan dia. Masih paham dan ingat pasal aku, memang sesuai la dengan kerjaya dia sekarang. Di samping bekerja, dia juga perlu membaca & ada test untuk memastikan kualiti pekerjaan dia sekarang. Kerjaya yang zaman studentnya ramai yang skema tapi hasilnya sangat bagus. Kitorang lak zaman student dulu tak skema, patut la result hancur. Ni aku kata diri aku je.

Perangai dia pun masih tak berubah, cam dulu gak. Dengan skema nye, dengan perangai taktik boring nak tau aku dah ada gf ke belum. Tanya nak tengok pic awek la, cakap memori henset aku penuh sebab msg awek banyak la, pastu suruh aku jawab. Aku wat bodo je sebab kalo nak tau tanya direct kan senang. Lawaknye masing-masing da besar sekarang. Dulu dia dengan skemanye study & nampak lembik-lembik, aku lak dengan kawan-kawan fakulti yang kononnya anti-skema. Dia pun dah ade kereta baru la sekarang, hehe. Betapa masa mengubah segalanya.

Ketika sedang makan, sambil senyum sempat dia cakap yang pasni dia tak boleh pukul aku lagi. Mata aku pandang dia sekejap, kemudian aku teruskan usaha memakan lunch tu. Memang mendalam maksudnya ayat dia tu. Bukan la dulu kitorang suka gaduh bertumbuk sakan, tapi biase la kalo kene usik mesti nak cubit & pukul.

Dengan menganggap hadiah kawin & hadiah besday in advance, aku ajak dia belikan keychain dinosaur yang kire cantik & esklusif la. Katanya dia nak letakkan dengan kunci kereta dia. Waktu nak balik dalam komuter , dia bercakap lagi sambil cuba senyum “pasni tak jumpa dah”. Yup, aku paham. Sebab tu aku keluar jugak harini walaupun malas keluar, keluar jugak walaupun tido pukul 5am pagi tu. Aku nampak mata dia dah start nak berkaca. Seperti mananya sebelum ni, dia mintak lagi alamat rumah aku & soh aku pegi dia kawin. Dan buat sekian kalinya jugak aku cakap yang aku takkan datang. Banyak benda yang perlu aku consider. Bila aku nak turun dari komuter, sambil senyum sempat dia mengetuk perlahan (pat) kepala aku dengan seluruh tapak tangannya. Aku tak tau kenapa, mungkin kesinambungan dari kata dia “jangan nakal-nakal” kat aku. Aku tak kisah pun.

Dia teruskan perjalanan dalam komuter dan aku pulak sambung naik LRT. Dalam LRT tu, aku dapat msg dari dia yang she will always miss me dan air mata dia dah keluar sebab tak tahan. Sekali lagi aku buat dia menangis, tapi kali ni bukan datang dari perangai aku yang suka marah-marah tu. Dengan tak semena-mena, aku letak tangan atas kepala aku perlahan-lahan. Kalo orang dalam LRT nampak, mesti dorang ingat aku betulkan rambut aku.

Aku pun perlu menerima kenyataan yang semua orang akan berkawin. Kawan-kawan aku pun akan berkawin, aku juga akan berkawin. Walaupun aku takda rasa nak berkawin sekarang, tak bermakna kawan-kawan yang lain tak mau kawin & tak bersedia macam aku. Kita semua makin membesar dan akan masuk alam dewasa. Life goes on, ingat tu Tajul. Selamat menyambut 10/10/10.

Tuesday, October 5, 2010

Perihal Jodoh dan Berjodohan




Dulu rasanya aku dah pernah utarakan posting perihal ni. Sekarang cuma nak tengok pandangan kedua ataupun sisi lain yang boleh membuatkan kita berfikir. Motip sangat kan nak sembang pasal ni. Harap je cam ganas oil and gas,tapi cite mende-mende tisu. Haha, takpe la. Lagipun projek takde sekarang ni.

Dah sekian lamenye, maka haruslah terjadi pelbagai perkara. Jangan la nak samakan yang sume mende ade hepi ending cam cite korea ke. Hehe,aku tak layan cite korea. Hanya layan bola sepak korea saja dan juga model-model cantik korea. Hoi,aku cakap pasal model kereta dari korea la (T_T)

Jadi bagaimana storynye?

A) Cite tak best:

- QQQ yang gf beliau mintak putus dan gf beliau itu berhubung dengan rakan satu tempat praktikal yang cuba masuk line. Dengarnya ex-gf itu akan bertunang.

- Rakan sekolej/seasrama yang pasangan rumet berkapel ngan pasangan rumet gak. Yang sorang tu steady lagi tapi yang WWW tu dah putus lak, budak pompuan tu nak putus & suka lelaki lain lak.

- Pastu si EEE lak yang utamakan gf dia yang macam queen control tu & ikut cakap gf dia sampai tinggalkan kawan & tak pentingkan kawan-kawan lelaki sangat. Bile pompuan tu wat perangai dan macam ada fair ngan lelaki lain, baru la EEE tu pegi kat kawan lelaki balik.

- RRR lak berjauhan ngan gf dia. Tau-tau je gf dia cam ada fair ngan lelaki lain sebab berjauhan. Hubungan menjadi renggang dan hingga ke penghujung.

- Kawan yang merahsiakan pertunangan dulu da putus tunang.

Letih aku taip ayat ala-ala drama. Moga Yusup Selam perasan ngan karya aku ni. Nak wat filem Sembelit pun Sembelit la…

B) Cite macam best la konon:

- Raya ni dukung anak antara bespren pompuan kat sekolah dulu. Cam lawak lak. Dia pun baru je bertemu ngan suami dalam setaun sebelum kawin. Tahniah.

- Kawan sekolah or university ade beberapa orang perut dah besar mengandung. Kalo lelaki,wife dia la yang mengandung,tapi dia pun tumpang perut nak besar gak memboroi (T_T)

- Si QQQ kat atas tu, da jumpe awek baru, hepi je sekarang. Awek kat tempat keje. Hot & cun gitu. Untung la beliau. Harap dapat tumpukan perhatian kat keje time kat opis,hikhik.

- Si WWW kat atas tu pulak da dapat gf baru. Mulut manis, dapat je ko kan. Kali ni aku rase lagi cun dari ex-gf dia. Lagi tinggi lak tu. Bukan lagi tinggi dari ex-gf dia,tapi lagi tinggi dari dia. Rezeki ko la, nanti leh main dukung-dukung (T_T)

- Perihal mamat sorang ni lak, si EEE ni dapat gf baru gak. Gf baru dia ni kat tempat study ex-gf dia gak. Cam biase la, bila da dapat gf, bye-bye la kengkawan lelaki. Hehe, bukan tak layan langsung tapi haruslah berbeza time beliau single kan,tapi tak macam orang lain la.

- Yang berhubung jauh RRR ni lak gf dia mintak maaf & mintak peluang. So far,hubungan masih berterusan lagi dalam kejauhan.

- Yang putus tunang tu? Putus la, takkan ber saletip balik. Takde la sume hepi ending,kan. Harap dia akan jumpe yang terbaik la nanti.

Tu je la citenye. Gigih aku bercerita panjang. Kalo laku idea ni, leh jual kat mane-mane orang yang berkaitan ngan filem Sepi ke, Cinta ke. Nak jadi tukang lalu lalang, dapat duit lebey. Perihal gf aku lak. Ade ke gf masalahnye? Please define gf,adeh. Harap ade pompuan cantik model single keje kat opis aku (T_T).

Wednesday, September 29, 2010

Oil & Gas Vacancy ( dan Peta Kawin )




Ni ada keje sikit kalo ade yang terlepas pandang, rasenye untuk bebudak letrik kot. Kompeni ni bukanlah khusus dalam oil & gas sepenuhnya tapi terlibat dalam la gak. So kalo terasa nak start masuk dalam background ni atau nak beralih angin sambil cantikkan resume, bole le try test. Takde lak dorang cakap kelayakan camne.

-Electrical & instrumentation engineer
-Assistant Electrical & instrumentation engineer
-Instrument technician

Boleh hantar resume ke miekl@mie.com.my

Ataupun boring-boring boleh wat part-time wat peta kawin,hehe. Baru-baru ni aku tolong akak opis aku watkan peta kawin umah dia, tapi aku wat ikhlas la tak mintak caj. Ni aku tunjuk rangka dia je, kang ade lak pergi serbu umah kakak ni. Hehe.


*ade headhunter (pencari pekerja) talipon aku tanya nak ke join kompeni oil & gas local jadi mekanikal engineer. Aku pun da lupe ade ke aku bagi resume aku kat memana agensi kerja ni. Time tu aku kat klcc, so bising sikit. Pastu dia cakap nanti dia tipon balik. Takde lak dia tipon (T_T)

Wednesday, September 22, 2010

Tumpahan Minyak di Malaysia




Sebenarnye kat Malaysia ni ade gak, tapi tak la teruk mana. Tapi nak dijadikan cerita, aku pun bercerita la. Dalam lebih kurang pertengahan tahun ni, ade kesan tompokan minyak dikesan di perairan (aku taknak bagitau laut mane,hehe). Tumpahan itu dipercayai berpunca daripada saluran paip minyak yang bocor kepunyaan sebuah syarikat operator luar (tak bape nak femes/gah tapi aku tetap taknak gitau,hehe). Jadi ini menimbulkan masalah operasi. Yela, pencemaran pe sume tu. Kat industry minyak dan gas ni, pencemaran ialah antara agenda yang paling penting selepas keselamatan (walopun sebenarnye yang penting haruslah keuntungan, pandai betul cover).

Tapi camne lak pipeline tu boleh bocor? Haaa…. ni best nak cite. Kebocoran tu dipercayai berpunca dari sebuah kapal/vessel yang tak terlibat dengan operasi syarikat. Biasenye platform akan sentiasa memerlukan kapal vessel ni untuk penghantaran makanan, barangan kerja, paip gerudi, krew dan macam-macam lagi la. Kapal yang menyebabkan kebocoran ni pulak kapal yang takde kontrak atau kaitan ngan platform ni. Maknenye ni kapal supply jugak la, tapi ngan platform kompeni lain. Takkan kapal nelayan lak kot…

Camne dorang leh wat sampai bocor? Alkisahnye kapal ni nak jatuhkan/drop sauh atau anchor. Ni rasenye dorang nak anchorage la tu ataupun nak duduk standby kat tengah laut dan kedudukan kapal tu dipegang oleh anchor yang dijatuhkan ke dasar laut. Takde la kapal tu terhuyung hayang kene bawak dek ombak. Tah camne anchor yang dorang drop ni boleh jatuh lak kat atas pipeline tu, pastu menyebabkan kebocoran. Dengarnye lagi, disebabkan cuak atau tersangkut (tak sure versi mane betul), dorang just tinggalkan sauh tu camtu je, kire cabut terus. Nasib baik tak teruk pipeline bocor. Tapi dengarnye sampai operation platform tu kene shutdown gak la untuk kerja pembaikpulih. Itu maknanya minyak tak jalan dan keuntungannye berkurangan.

Tapi kapal supply kompeni mane ek? Adeh,ni memang aku taknak gitau langsung…

Tuesday, September 14, 2010

My Raya 2010




Beraya di darat...
Takde baju melayu baru…
Tak memasang pelita…
Tak bermain mercun…
Selalu lawat kubur nenek,ni lawat kubur abah…
Konflik-konflik dalaman muncul…
Tiada lagi jalan beramai-ramai dengan kawan kampung…
Kawan-kawan ade yang dah bersuami dan ada anak…
Raya ke-3 petang dah balik KL…
Raya ke-5 dah kerja…

This is my Raya…

Wednesday, August 25, 2010

Dengarnye McDonald tu Halal...


Isu makanan memang isu sensitip. Biase la kan orang kita, bagus la tu. Menjaga makanan dan apa yang kita makan coz apa yang kita makan tu akan membentuk kita. Agak-agak kalo aku makan Brad Pitt aku jadi kachak cam dia gak ke... adeh. Aku suka makan Mcd ni, bukan ape tapi sebab mudah. Sebab MUDAH yek, bukan MURAH cam harga pemadam getah (dah abes takde contoh dah ni). Aku ni meyampaikan je apa yang aku tau. Pasni jom la makan ramai-ramai, tapi sila bayar ramai-ramai juga.

Monday, August 16, 2010

Kerja Menjelang Ramadan di Laut


Aritu ade kerja baru. Orang kat opis aku ni malas nak pegi, tah nape tah. Taknak kene attached ngan keje-keje camni la tu. So aku kene la pegi. Kali ni pegi kat sebuah platform yang agak baru kepunyaan sebuah kompeni yang bukan berasal dari Malaysia (motif la sangat kan aku taknak cakap). Pegi ni untuk pasang dan ganti alat penyerap getaran pada saluran pam (ni pun motif ape gak aku taknak cakap mende alah ni ape).

Cam biasa,kalo platform belah laut Kelantan ni pergi naik chopper Super Puma dari Kota Bharu yang mana dalam tu ramai-ramai & kerusi mengadap-ngadap sampai berlaga lutut. Aku lagi suka kalo naik Sikorsky. Ah,banyak komplen lak. Sampai je kat platform tu pas safety briefing, aku kene dah. Dorang sound aku sebab pakai safety boot yang bertali and tak bawak ear musk (pelindung telinga yang cover keseluruhan telinga). aku bawak ear plug je. Yela,aku baru naik sini 1st time, salah aku kot. Tapi nak wat camne, kat HSE aku tu dorang ade safety shoes cam aku pinjam ni je, ear plug pun dorang tak luluskan. orang opis aku yang naik sebelum ni ok je pakai camni. Aku naik production platform lain,ok je mende alah tu. Mane la nak tau. Last-last dorang bawak aku jumpe superintendent mane tah. Si cha ya nun alip ni lak banyak bebel pastu leh lak telepon orang kompeni dia kat KL yang uruskan kitorang cakap hal aku ni, poyo jah. Then bro ni (berpangkat gak) cakap ngan aku. Dia ok je, rilek je. Pas aku mintak maap, dia cakap nak wat camne mende dah jadi. Best la bro ni. Last-last dorang kat platform tu ade jumpe boot cover sampai betis & hard hat yang siap ade ear musk, bagi pinjam. Kecoh la kan korang (padahal aku pun bersalah gak,hehe).



Cam biase pegi la tengok mende alah tu, bukak & tukar ape yang patut pastu caj dengan pressure. Aku diajar kat opis supaya wat perkiraan nak caj banyak mana tapi sampai-sampai sana, orang kat sana terus cakap kat kitorang bagi arahan nak caj banyak mana. Dah client cakap camtu, kitorang ikut je la kan. Pastu malam tu cha ya nun alip tu panggi kitorang tanye nape kitorang caj banyak tu, bebel lagik. Pastu dia tipon geng apek dia kat opis KL pastu apek tu lak sound kitorang. Dia kata kita sepatutnye advice dorang kat sini nak caj bape. Dah orang ko yang bising soh caj sebanyak itu, ko pe kes nak bising. Bila aku gtau bende ni, dia salahkan kitorang gak coz tak gtau awal-awal. Masalahnye sebelum tu aku mintak detail pasal working pressure & temperature sume coz aku nak kira charging pressure tapi dorang tak gtau, tapi terus suruh kitorang caj ikut cakap dia. Hampeh! lain kali baca emel la weh job description masing-masing. Aku malas melayan dalam phone tu, aku mengiyakan je la. Nak sangat menang kan,amik la. Pasni pasang sendiri.


Tiba saat paling cuak, aku kene kira guna data yang diberi. Cuak siot, da la dulu zaman study cukup-cukup makan je subjek-subjek sume ni, pastu suka berbincang dalam test lak tu. Pastu orang dorang kat workshop ni yang dulu soh kitorang caj tu nak cover balik salah dia. Dia cakap kitorang patut gtau dia awal-awal yang kitorang patut advice dorang. Hangin tol aku. Aku da mintak kot data, ko yang tak bagi. Pastu lantak la, aku ngan technician aku pegi la wat ape yang patut. motip sangat la kene sambung keje sampai malam.

petang tu rehat jap untuk berbuka. Time berbuka sume ok, tapi kebanyakkannye tamak la. Amik memacam tapi tak abes. Amik nasi ayam pastu komen tak rase sangat, tak menjadi la. Pastu makan dua tiga suap je pastu tinggalkan. Tak bersyukur tol. Ko kalo balik umah kat kampong ko tu tah dapat makan camtu tah tak. memang la kurang best, tapi syukur la. aku tengok muka pun, tak la kaya mana sangat ko tu tapi perangai cam anak tauke ferrari.

Pastu malam tu supritendent tu panggil lagik. Dia tak puas hati nape aku caj pressure sebanyak tu, padahal dalam emel tulis lain katanye. Bising la mamat ni, nak sama kat emel lak. Padahal petang tu ko yang bising kitorang tak masuk factor 80% sume tu. Kat emel tu contoh lain la pandai! tu ikut suhu kat UK yang sejuk tu, aku tau la aku nak kire camne. Dorang dah ajar aku camne nak kire, aku tau la. Pastu dia mintak aku salinan jalan kira. Pasni ko wat la sendiri. nanti aku jumpe tepi jalan, silap-silap aku sepak kaki ko. Kecoh tul. Time nak tulis repot, technician aku tulis la kat situ yang memula orang sana advice nak caj bape. Mamat yang soh kitorang caj tu cuak lak baca repot tu, dia ulang balik cakap kita patut gtau awal-awal kat dia coz dia tak tau. Lenkali baca emel betul-betul la,adeh. Lagipun lantak la, name pun repot. So tulis je la pe yang berlaku sebenarnye. padan muka,lalala...

Nak balik tu aku nak pulangkan sume mende yang dipinjam. Sume barang cam kasut and hard hat tu aku tinggal kat bilik persalinan. Besar la bilik ni, sume orang salin n tinggal barang kat sini. Yang klien tu ade la locker dorang. Kontraktor je ramai letak tepi-tepi sume tu. Yang wat aku geram, ade lak yang rembat ear musk aku, haram jads tul. Bodo punye orang. Salah aku gak coz tak simpan dalam bilik barang pinjam, tapi ko pehal nak rembat aku punye. Banyak je orang lain tinggalkan barang dorang. Time aku nak pulangkan tu, orang sane nak caj kompeni aku soh anta baru. Aku cakap le aku bayar cash. Pastu dia cakap takpe la, nanti bila aku naik lagi dia soh aku bawakkan ear musk baru gantikan yang hilang tu. Tapi rasenye aku malas nak naik sini lagi dah…

Friday, July 23, 2010

Oil & Gas Vacancy (dan sedikit luahan hidup)




Ni ha ade keje dari Misi Setia Oil & Gas, bole la try test. Ada yang nak 1-2 taun experience je. Cubalah selagi ianya percuma untuk dicuba,tak rugi pun.


1)Estimator
-Bachelor's Degree / Diploma Holder.
-Minimum 5 year(s) of related working experience in of which, preferably 3 years in oil & gas industry.

2)Quality Control Engineer
-Candidate shall possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in Engineering (Mechanical), Engineering (Petroleum/Oil/Gas) or equivalent.
-At least 3 years working experience in the related field is required for this position.

3)Mechanical Engineer
-Shall possess at least a Bachelor's Degree in Mechanical Engineering.
-Shall acquire 2 to 5 years working experience in the related field for this position.
-Shall have relevant professional registration body in Engineering i.e Gas Engineering Supervisor with Suruhanjaya Tenaga.

4)Quality Control Inspector
-3 to 7 years practical experience in an Engineering background, preferable in Oil And Gas Industry.

5)Safety & Health Supervisor
-3 years experience in the Occupational Safety & Health field.
-At least 2 years working experience in related field.
-Diploma in Occupational Safety & Health or equivalence.
-Training Certificate Requirements i.e. Site Safety Supervision Training (NIOSH), Emergency Response Plan (NIOSH) and PTW (NIOSH) & Incident/Accident Investigation Report (NIOSH).

6)Control & Instrumentation Engineer
-Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Engineering (Electrical/Electronic), Engineering (Mechatronic/Electromechanical), Engineering (Others), Engineering (Petroleum/Oil/Gas) or equivalent.
-At least 2 year(s) of working experience in the related field is required for this position.

7)Services Engineer
-Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Engineering (Electrical/Electronic), Engineering (Mechatronic/Electromechanical), Engineering (Others), Engineering (Petroleum/Oil/Gas) or equivalent.
-At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position.

Send your resume to hr@msog.com.my

~aku sebenarnye da boring ngan keje ni. Taktau la da manja sangat kot,asyik dok opis je & dah lama tak ke laut. Pic atas tu pic meja aku, abaikan je la mainan & robot sume tu. Hey, jentolak and lori tu sume robot tau. Sambung balik, aku ade gak pikir-pikir nak hirup aircond company lain tapi tiba-tiba manager panggil kitorang. Department nak expand, yang kapal "penguji telaga" a.k.a. kapal api tu pun akan ada bawah department ni. Sebelum ni kapal tu bawah "perkhidmatan telaga" department. Da la kat rantau ni, kapal ni ada satu ni je. Cam style gak la. Yang lain ade sikit kat arab & ada kat eropah. Member aku yang buat "pengujian telaga" sama cam aku tu akan dok bawah department ni ngan sorang Filipina tu. Pak arab yang manager "perkhidmatan telaga" tu aku taktau la camne. Pastu nak amik sorang budak baru bantu cover-cover kerja kat opis ni & sorang admin pompuan baru untuk kitorang. Ni resume-resume untuk admin ni dah ade, harap dapat gadis chantek single, hikhik. Pastu untuk kerja, aku dipilih untuk fokus kat "sekat & abaikan" telaga & "pemulihan slot". Saje taknak tulis term tu dalam omputih, nanti ade yang search, jumpe lak kang blog ni. Maybe kene pegi offshore sekali wat mende alah tu. Dicampur pulak dengan Investment Company yang beli saham syarikat ni bulan lepas, so aku putuskan untuk stay dulu. Harap-harap berbaloi & ade gadis admin chantek leh temankan aku wat keje. Lalala...

Thursday, July 8, 2010

Bercuti ke Jakarta - Bandung



Asyik keje je,sesekali bercuti la kan. Aku pun pegi la jenjalan kat negara jiran. Bukan jiran sebelah umah aku punya tempat asal, tapi jiran Malaysia yakni Indonesia. Kononnye nak ke Bandung & Jakarta la ni. Aku ikut group di mana kebanyakkannye orang-orang yang dah berumur dari kampong aku. Kat airport ni, ada gak la kan nak beramas mesra ngan mak aku & aku gak coz kitorang pun da stay KL sekarang ni.

Pergi ni naik kapal terbang KLM dari Belanda, dorang memang singgah antara Jakarta, KL & Amsterdam. Leh tahan la gagahnye kapal terbang dorang. Tapi pramugara dia sekali takde yang bergetah da… sume cam dah senior skit. Kalo nak cari yang muka fresh cam kat AirAsia tu, mimpi je la. Anyway, flight dia best & ade la skrin kat seat depan kita. Aku tengok cite Simpson. Hehe.


Sampai je kat Jakarta, kitorang dibawa ke Bandung menaiki bas. Ade la amik masa dalam 3 jam gitu. SInggah je , makan masakan Padang. Ape dia masakan Padang? Tah la,mende yang same je. Kang sampai balik aku makan mende ni gak la nanti. Esoknye tu nak ke Gunung Tangkuban Perahu, ni ialah gunung berapi yang masih aktif. Takde la meletus letup-letup gitu tapi just kuar asap je la. Sepanjang perjalanan tu, kalo singgah kat stesen minyak, ade la yang jual strawberi. Tempat sejuk la katakana,tapi tak sejuk mane pun.

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPYqi8-z-sdHfjzSLDlNXfw6c2bL87CUN_m7EyXU0iTTr28Yk8SiLET6Nrug8Ltjut4gKbrhh6Lggi-5GvzBM_1a2Ec3tmIVkAiGj7eEgSUESjI9n34Oe0oOHgUtjJ-qemxQuag41Yoo0/s1600/c.jpg">

Bas kene berenti kat satu point je, pastu sume yang nak naik atas kene naik van khas. Ramai la kan nak naik. Sampai je kat atas tu, leh la tengok kawah tu. Tapi belerang kat gunung tu busuk, cam bau najis binatang. Ke aku terpijak taik kuda kat situ? Adeh. Kat situ ade gak satu laluan tu yang ramai orang wat jual-jual pakaian & mende-mende sume tu. Abes la orang kampong punye duit…

Petang tu lak pegi tempat nama Pasar Baru. Tempat ni jual cam kain, telekung & baju-baju pompuan sume tu. Suka la kan orang pompuan. Yang remaja lelaki cam aku ni gak yang tercengang-cengang. Senja tu pulak,kitorang dibawa ke Cibaduyut. Tempat ni cam jual bende-bende kulit pakaian sume tu la, kasut pun ade gak. Still, kat situ ade jual baju & pakaian perempuan. Sekali lagi sume pompuan pegi kedai-kedai yang camtu. Aku?tah la,baik aku tengok je gadis-gadis tempatan,ekeke. Pastu kitorang makan masakan Padang (adeh, muak rasenye makan mende yang same) sambil tengok Upin & Ipin kat tv dorang.


Pagi esoknye kitorang pegi ke Factory Outlet, kire cam reject shop la gitu. Tempat ni budak-budak muda suka la, yang da veteran tu mula la kan tarik muke pe sume. Yang Tour Guide pun cakap “nampaknya ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian tidak gembira di sini”. Hadoi,lemah tul aku. Kemudian perjalanan diteruskan ke Jakarta semula. Lunch makan masakan Padang lagi….

Petang tu kitorang sampai kat Taman Mini Indonesia, dia ada tunjuk banyak-banyak daerah or negeri kat indon ni punya senibina la sume tu. Disebabkan masa tak cukup, kitorang turun kat area Minang je. Sempat gak la aku pegi umah orang Papua New Genie (camni ke eja dia.. ). Ade la dorang tunjuk gambar kehidupan dorang camne & pakaian dorang time dorang nak berpakaian.

Petang tu nak ke Jakarta Pusat, kiranya memang betul-betul ibu negeri dia la. Kat sini ad je nampak cam LRT tapi kalo sepanjang highway ni, dorang wat bas tu cam LRT la. Dia ada jalan dia sendiri, ada stesen dia sendiri cam stesen LRT dan orang ramai pun kene beli tiket & beratur cam tunggu LRT. Kitorang pegi ke Monumen Nasional kat situ. Ade cam tugu tinggi pastu dengarnye kat atas tugu tu diperbuat dari emas. Taktau la disalut emas atau keseluruhan atas tu memang emas seketul.


Pagi esoknye pegi ke Tanah Abang, nak shoping lagi. Dorang ni tak penat ke beli-belah ni. Kat sini same je jualnye, telekung , kain , baju-baju pompuan. Tak paham tul la aku ngan dorang ni. Pastu leh la k kana de yang sesat tak jumpe bas. Tau nangis,haa….

Akhirnya petang tu bertolak balik. Berjalan tempat yang dikatakan “syurga membeli –belah” pun takkan wat aku keluar duit kalo group tour ni ramai orang tua. Sume nak pegi tempat-tempat dia je. Abes la pupus keinginan aku nak membeli pakaian.

Thursday, July 1, 2010

Oil & Gas Vacancy

Katanya keje kat Brunei walopun alamat kat Miri. Tah la,sila cuba. Wat tak tau je pasal nak experience 2 taun tu kalo nak try. Hati kene kering, perut kene kenyang.

PUSB Engineering Sdn. Bhd. (PESB) based in Miri,
Sarawak, Malaysia is currently seeking capable, self -
driven and energetic candidates experience in OIL & GAS,
Engineering design personnel for the following positions.

Please send your resume/CV with full details of
qualifications and experiences PUSB Engineering Sendirian
Berhad (PESB), and Petrokon Utama Sendirian Berhad
(PUSB), Engineering Consultants
(PESB) in Miri Sarawak, is a multi-disciplines engineering
consultancy, established its Engineering Design office in
2006 is currently seeking capable multi-discipline
engineers and designers , self -driven and energetic
candidates, experience in OIL & GAS.
These engineering offices namely PUSB Engineering Sdn
Bhd (PESB) in Miri Sarawak, Malaysia and Petrokon
Utama Sdn Bhd (PUSB) located in Brunei Darussalam.
PESB is an affliated office of Petrokon Utama Sdn Bhd
(PUSB).


Piping Designer:
Requirements:
• Diploma in Mechanical Engineering or 2 years
Degree as a minimum with equivalent experience.
• Responsible for preparing as plant layout, general
arrangement drawings, mechanical and piping design
drawings
• Capable of working on a variety of projects, to
deliver design drawings and final construction/detail
drawings
• Able to comply with applicable codes and standards.
• Ensuring drawing packages are delivered within the
project time schedule.



Electrical Designer:
Requirements:
• Diploma in Electrical Engineering or 2 years Degree
as a minimum with equivalent experience.
• Bachelor Degree in Electrical or Equivalent
• Able to interpret technical drawings
• Able to prepare basic engineering drawings
• Capable of advanced engineering detail drafting and
checking
• To work without direct supervision and to be able
to provide advice and direction to others
• Trade experience would be advantageous

Instrument Designer:
Requirements:
• Diploma in Instrument Engineering or 2 years
Degree as a minimum with equivalent experience.
• Excellent 2D computer design skills with AutoCAD
• Excellent skills with Ms office package
• Able to interpret technical drawings
• Ability to create accurate design drawings from
base project information
• Able to establish and manage effective workplace
relationships
• Ability to interact effectively with people and use
clear, fluent and expressive verbal and written language to
convey information and ideas
• Knowledge of the requirements for Instrument
installations within hazardous areas.
• Some experience with 3D modeling systems such
as Intools PDMS
• Exposure to site surveys, construction or
commissioning support on O & G facilities.
• Trade experience would be advantageous
• Able to do Instrument Hook-ups

Civil/ Structural Designer:
Requirements:
• Diploma in Civil/Structural Engineering or 2 years
Degree as a minimum with equivalent experience.
• Experience wit Auto CAD
• To work without direct supervision and to be able
to provide advise and discretion to adhere
• Exposure to industrial facilities
Responsibilities:
• Execution of engineering design/drafting tasks
• Ensure work done meets all acceptance criteria with
respect to safety, quality, technical competency, cost and
schedule
• Monitor progress, budget and schedule
• Overall man-hour key performance indicators for
assigned work
• Conduct site investigations/surveys
• Prepare detail designs in conjunction with engineers
• Produce work packs, design & drawings, MTO’s,
weight calculations
• Checking of work packs & design drawings
packages
• Ensure that the level of design work is appropriate
for the complexity of the construction tasks
• Ensure work done conforms to applicable
specification, codes and standards
• Liaison with other disciplines on technical issues.

All applicants will be treated strictly confidential. Only
short listed candidates will be notified.
Please send your resume with full details of qualifications
and experiences to:

changcyprian@yahoo.com

Monday, June 7, 2010

Kesusahan Test "Permit To Work" Talisman




Katanye ade staff kompeni aku keje ni nak amik aku keje bawah dia untuk commissioning .Bukan pasang platform pun, tapi pasang bende-bende kecik cam damper kat platform je. Jadi maybe aku akan ke patform Talisman untuk kerja terbaru tapi 1-2 hari je. Sebelum tu, kene ade Permit To Work (PTW) dulu. Mende ni cam requirement untuk HSE gak la, bab safety sume tu. Sebelum ni cam dijalankan bengkel kecik, tapi amik kau sekarang. Guna komputer je memasing. Ade slide & ade soalan, nangis aku.

Sampai je kat opis Talisman, dorang soh aku dok kat satu komputer ni & jalankan kursus and ujian tu. Ada 2 bahagian, 1 bahagian ade yang 11 Chapter & ade yang 15 chapter. Setiap satu chapter ade soalan sebanyak 4 ke 15 soalan samada subjektif, suaikan atau isi tempat kosong. Markah purata lulus? 90% ko tau...

Setiap kali abes chapter, dorang akan bagi markah terus. Sah-sah la kan aku tak lulus, pencapaian yang sama ketika aku amik test time Degree dulu,hehe. Tapi mende ni leh ulang banyak kali sampai lulus. Lagipun sebenarnye lepas jawab soalan kat page tu, ade satu button tu (tulis ape tah) yang kalo kita klik, dia akan semakkan jawapan sebenar. Contohnye kalo aku dah jawab soalan no 5, baru aku leh klik button tu tapi aku takleh tukar jawapan aku dah. Ape susah, jawab je la sume salah asalkan dapat check jawapan sebenar, pastu repeat. Aku ni cam tak biase lak repeat paper zaman student dulu. Setelah kejang punggung dari kol 10.30am ke 3.40pm, lulus la aku ujian itu. Berguna gak ek skill zaman student dulu. Skill study ke? Hehe, harus lah skill menulis nota a.k.a. toyol.

Tuesday, June 1, 2010

Oil & Gas Vacancy



Ni ade keje tapi dari kompeni mane aku tak tau. Katenye akan ke offshore.
Dorang nak 2 engineer, sorang project engineer & sorang mekanikal engineer.

Job description:
Monitoring project
- Familiar with microsoft porject and primavera
- Liaise with client
- At least 2 or 3 years experience in oil & gas industry
- Based at Kemaman (Offshore site)

Email to : pairus.pioneers@gmail.com (Attn to : Human Resources Department)

ade tambahan skit untuk bukan engineering:
1. procurement executive
2. procurement sr.exec

Requirement
- diploma/degree in related field
- 3 or 4 years experience


Aku tau korang yang fresh ni spoil sikit tang experience tu. Tapi takpe,try je la kan. Tak rugi pun mencuba.

*Minggu depan ade orang opis ajak aku pegi platform Talisman untuk 1-2 hari,tapi cam malas lak. Haish....

Tuesday, May 25, 2010

Catatan Hidup: Kembali Ke Kampung


Stop jap cite pasal keje. Hari jumaat aritu aku cuti, keluarga nak buat kenduri bacaan Yassin & tahlil pada hari sabtu. So, kitorang pun cuti la hari jumaat. Balik cepat, leh la kemas-kemas rumah & wat persediaan. Persediaan apa? Persediaan nak kenduri la.

Disebabkan kitorang balik kampung pagi jumaat, jadi sah-sah la kan aku kene solat jumaat kat kampung. Dah lama sangat rasenye tak solat jumaat kat kampung. Selalunye bersolat di kotaraya, chewah. Lepas bangun dari berehat ( sebenatnye tido, bukan rehat ada wat keje pun ), aku pun mandi & bersedia nak ke masjid naik motor. Dengan rambut pacak ( lupe nak pakai kopiah ), kain pelekat & baju melayu yang tak berbutangnye, gagah la aku ke masjid. Taktau la ramai nak muntah ke hape tengok aku, tapi bila lalu depan budak pompuan sekolah menengah, rajin lak dorang tengok aku. Hehe, perasan remaja tul aku ni. Harap bukan disebabkan bedak yang berselaput kat muka aku ni.

Kat depan sekolah, ade lak sorang cikgu muda ni nak melintas. Tiba-tiba aku lak yang rajin tengok cikgu ni. Eh, apsal lak aku ni suka mengusha cikgu. Tengok la pelajar perempuan ke. Rupenye aku terlupa aku dah besar, cikgu tu pun tah-tah baya aku. Ah,no wonder. Er… manis gak orangnye. Hehe.

Kat masjid lak, aku sampai sebelum azan. Sebelum khutbah start, ade la dua orang budak umur 3 - 5 tahun dok sebelah ayah dia yang solat sunat. Boleh lak dua makhluk ni gaduh pukul-pukul la, berguling la. Adeh, kat KL jarang aku tengok camni. Ringan je lak tangan aku nak campak budak dua ekor ni kat luar tingkap. Hangin tul, walopun tengah hari tu panas takde angin. Tau-tau je imam baca khutbah “Menahan Marah”. Ok la,takpe la bagi chance. Ini menunjukkan aku dengar ape imam tu baca, kan...


Dah balik umah, keje ape lak nak kene wat ni. Mulanya nak tukarkan air kat kolam ikan simen kat depan umah tu, tapi tak jadi sebab masa tak cukup. Cakap je la tak tau nak wat camne, hehe. Kesian lak ikan-ikan tu. Air dah macam air tebu dah kat kolam tu. Harap-harap dorang takde la terlanggar sesame sendiri dalam kolam tu sebab tak nampak. Kalo aku campak torchlight kat dalam kolam tu, agak-agak ikan tu berterima kasih tak kat aku. Hmm…

Petang tu lak mak aku ajak (suruh sebenarnye) aku bawak dia pegi mengajak beberapa saudara. Baru nak merasa nikmat tido lewat petang, haruslah aku berusaha kat bawah meja opis je pasni. Dalam banyak-banyak umah tu, ade la pegi umah sorang makcik ni. Anak buah lelaki dia , A****, merangkap classmate aku masa darjah 1 ke darjah 3 dulu da kawin minggu-minggu lepas. “kecik je muka A**** tu, ade la lebar tapak tangan. Elok lagi dia ni, berisi lagi”, kata makcik tu merujuk pada aku. Hehe, ni pujian ni. Jarang orang kata aku ni berisi. “ Si A**** dah kawin dah, awak bila pulak?”, keluar soalan dari makcik tu. Okay, ini bukan pujian. Tersenyum paksa aku sepanjang petang tu.

Pada hari kenduri, banyak gak lauk yang dimasak. Ade ayam masak sos, telur itik gulai kuning, sayur campur cendawan dan ikan kembung goreng. Selepas Isya’, jemaah pun hadir. Kaki aku dah bape kali bertukar kedudukan time baca Yaasin. Dekat nak 25 minit bacaan tu, tapi tajwid memang betul la. Ramai gak la yang hadir malam kenduri tu. Da habis kenduri, aku kepenatan. Bukan penat sebab tolong berkemas, tapi sebab meratah lauk banyak sangat. Sian perut.